Mei 3, 2024

Search
Close this search box.
DRC

Pengayaan kehidupan liar, USR Sime Darby Oil X UTMKL X Zoo Negara

KLANG, 24 Feb. – Program berbentuk kesedaran kepada alam sekitar serta kehiduapan liar ini telah di jalinkan melalui Sime Darby Oil dan Zoo Negara. Program Pengayaan Hidupan Liar ini telah disertai seramai 35 orang pelajar dari pelbagai jurusan UTM Kuala Lumpur.

DRC
Sedikit perkongsian pengisian Pengarah HEMA UTMKL bersama pihak Sime Darby Oils dan Pihak Zoo Negara

Berteraskan kesedaran kepada alam sekitar, modul tentang sumbangan alam kepada pelajar telah diadakan bersama petugas zoo negara. Penerangan kepada pelajar tentang haiwan liar yang telah dikonservansikan oleh pihak zoo telah memberi kesedaran kepada pelajar, terutama kepada spesis haiwan liar dalam negara yang semakin terancam pupus.

c ef afdccfe
Pendaftaran peserta bermula seawal jam 8.00 pagi

Kehadiran peserta bermula dari jam 8.00 pagi, dan berakhir pada jam 12.30 tenghari. Pihak Zoo Negara memberi ruang kepada pelajar untuk berkongsi soal jawap tentang penggayaan hidupan liar.

Kepentingan memulihara kehidupan liar amatlah penting bagi mengawal kepupusan dan usaha Sime Darby Oil ini memberi peluang kepada pelajar UTM Kuala Lumpur untuk memahami dan mempelajari sistem ekologi, memahami diet pemakanan, penjagaan dan tabiat haiwan demi kepentingan pemuliharaan alam sekitar.

IMG
Pengkayaan program dalam penyediaan makanan haiwan seperti tapir, beruang matahari dan landak.

Pelajar turut diberi peluang menyertai penyediaan makanan haiwan dengan konsep alami seperti penyediaan di makanan tersebut di dalam buluh dan balutan daun pisang, konsep ini bersesuaian dengan eskosistem hidupan liar.

IMG
Peserta USR juga berpeluang menyertai “Animal Show Amphitheatre”

Haiwan juga mempunyai sifat kemurungan. Keseimbangan mental dan emosi mereka perlulah di ambil kira bersesuaian dengan habitat mereka.

Penerangan kepada pelajar tentang kepupusan Tapir Malaya
Penerangan kepada pelajar tentang kelaku semulajadi tapir. Tapir Malaya merupakan spesis yang hampir pupus akibat daripada penerokaan hutan selain dari pemburuan haram.

Program USR Sime Darby Oil bersama Mahasiswa UTM Kuala Lumpur ini berjaya memberikan kesedaran betapa kehidupan haiwan liar perlulah dilindungi bersama disamping memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga ekosistem alam terutama kepada generasi akan datang.

IMG
Mewakili Sime Darby Oils, Puan Shahrizan Aini binti Shamsul Khalil, Ketua Sumber Manusia & Hal Ehwal Korporat Sime Darby Oils.
DRC
Penerangan tentang habitat Beruang Matahari yang semakin pupus.
IMG
Pihak Zoo Negara telah memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman memberi makanan kepada rusa.
IMG
Peserta di bawa melalui ke “Animal Show Amphitheatre”
DRC
Penyertaan Mahasiswa UTMKL ke Program USR Sime Darby Oils X Zoo Negara
DRC
Beruang Matahari merupakan salah satu haiwan yang dilindungi oleh kerajaan Malaysia.

Explore More