April 21, 2024

Search
Close this search box.
IMG

LENGGONG, 26 Feb. – Dalam usaha untuk membentuk ciri kepimpinan dalam kalangan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM), Kolej Dato’ Onn Jaafar menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Lenggong dengan libat sama komuniti pada 23 Febuari 2024.

Kem Pembentukan dan Pemantapan JKM Kolej Dato’ Onn Jaafar Sesi 2023/2024 yang telah berlangsung di Lenggong bermula 21 Febuari hingga 24 Febuari baru-baru ini telah disertai seramai 33 orang perserta termasuk ahli JKM dan Majlis Felow Kolej Dato’ Onn Jaafar.

Para pelajar bergambar dengan sebahagian dengan penduduk yang hadir

Di samping memantapkan barisan JKM yang baharu dengan ilmu pengurusan persatuan dan aktiviti secara efektif, program ini disifatkan sebagai serampang dua mata apabila para JKM turut didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan dengan masyarakat setempat melalui aktiviti gotong-royang dan rewang bersama-sama 20 pelajar dan pegawai daripada KKTM Lenggong dan hampir 50 orang masyarakat setempat.

Para pelajar antarabangsa yang gigih membantu membersihkan masjid

Aktiviti khidmat masyarakat ini telah dijalankan di Masjid Al-Hamidiah, Kampung Raban dengan kerjasama KKTM Lenggong untuk membantu masjid menyadiakan rumah ibadat yang selesa dan bersih untuk menghadapi bulan Ramadan tidak lama lagi.

Tn. Shahrul Nazli Hj. Abdul Jalil, Pengerusi Masjid Al-Hamidiah Kampung Raban amat berterima kasih diatas kesudian Kolej Dato’ Onn Jaafar memilih Masjid Al-Hamidiah untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat di sini.

Dr. Mohd Amri bin Md Yunus, Pengeua Kolej Dato’ Onn Jaafar diiringi Puan Fetrah binti Abu Samah, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, KKTM Lenggong menyampaikan cenderahati kepada Tn. Shahrul Nazli bin Hj. Abdul Jalil, Pengerusi Kariah Masjild Al-Hamidiah Kampung Raban.

Beliau yang turut merupakan alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari Fakulti Kejuruteraan Awam pada tahun 1999 turut menzahirkan keterujaan untuk berkongsi makanan setempat yang di masak secara rewang terutamanya kepada pelajar-pelajar antarabangsa.

“Kem Pembentukan dan Pemantapan ini bukan sahaja sebagai pemandu arah kepada para JKM dalam menguruskan JKM dan aktiviti pelajar kelak, program ini juga sebagai medium persilangan budaya dengan masyarakat setempat dengan para pelajar terutamanya pelajar antarabangsa” ujar Dr. Mohd Amri bin Md Yunus, Pengetua Kolej Dato’ Onn Jaafar.

WhatsApp Image at dd
Suasana proses pembersihan bahagian dalam masjid

Kem ini diharapkan dapat membantu para JKM dalam menguruskan persatuan dan menjalankan aktiviti Pembangunan pelajar pada masa akan datang.

IMG
Para pelajar bergotong-royong untuk mencuci pinggan

 

IMG
Suasana dapur semasa aktiviti memasak secara rewang

Explore More