Disember 22, 2024

kunjungan hormat mputm mpn

Kunjungan hormat MPUTM eratkan hubungan baik sedia ada bersama MPN

KAJANG, 5 Feb. – Satu lawatan kunjungan hormat yang julung kali ke Majlis Profesor Negara (MPN) telah dilaksanakan oleh Majlis Profesor UTM (MPUTM) pada 5 Februari 2024 (Isnin). Delegasi MPUTM yang diketuai oleh pengerusinya, Prof. Sr. Gs. Dr. Mazlan Hashim bersama sebahagian daripada exco MPUTM dari pelbagai fakulti di UTM iaitu Prof. Ir. Ts. Dr Mohd. Fadhil Md Din (Fakulti Kejuruteraan Awam), Prof. Dr Nor Haniza Sarmin, (Fakulti Sains), Prof. Dr. Fauziah Sheikh Ahmad (Azman Hashim International Business School), Prof. Ts. Dr. Ida Idayu Muhamad (Fakulti Kejuruteraan Kimia & Tenaga) dan Prof. Dr. Mazlan Abd Wahid (Fakulti Kejuruteraan Mekanikal) hadir di Pejabat MPN di Country Heights, Kajang, Selangor. Kunjungan hormat ini  turut disambut baik oleh Presiden Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Raduan Che Rose.

 

Presiden Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Raduan Che Rose (Kanan) bersama Pengerusi MP UTM, Profesor Sr. Gs. Dr Mazlan Hashim (Kiri)

 

May be an image of 1 person and text
Pengerusi MPUTM, Prof. Sr. Gs. Dr. Mazlan Hashim berkongsi maklumat mengenai exco terbaharu MPUTM

Kunjungan hormat ini dirancang sejak tertubuhnya ahli Exco MPUTM bagi meneguhkan dan mengeratkan hubungan baik serta jalinan strategik yang sedia terjalin antara MPN dan MPUTM. Selain itu, Prof Mazlan Hashim selaku Pengerusi MPUTM berpeluang memperkenalkan barisan Exco MPUTM bagi sesi 2024-2025, dengan perbincangan khusus terhadap beberapa visi dan misi yang selari dengan aspirasi MPN.

May be an image of 8 people, dais and text
Exco MPUTM bersama exco MPN semasa sesi kunjungan hormat

Menerusi siri interaktif perbincangan, pihak UTM telah mengutarakan beberapa elemen penting dalam memperkasa peranan kumpulan pemikir di Universiti selari dengan pembangunan negara. Sumbangan cendekiawan dan daya intelektual yang tinggi di Universiti seharusnya digunakan secara lebih komprehensif bagi membudaya sumbangan kepada masyarakat agar lebih berimpak.

Di akhir perbincangan, pihak MPN menggalakkan lebih banyak kolaborasi dan sinergi bersama selepas ini. Pihak MPN juga bersetuju agar beberapa aktiviti yang selari dengan aspirasi negara diteruskan dengan kerjasama institusi-institusi yang lain.

 

MP n

Disediakan oleh,
Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin, Prof . Ts. Dr. Ida Idayu Muhamad & Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil Md Din
Exco MPUTM Sesi 2023/2025

Explore More