Mei 3, 2024

Search
Close this search box.
LAWATAN JKR JOHOR

Kolaborasi bahagian pengurusan aset JTNC(P) dan JKR Johor bantu tingkatkan mutu perkhidmatan

JOHOR BAHRU, 22 Feb. – Usaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang cekap dan strategik dalam melaksanakan gerak kerja yang lebih teratur, satu lawatan kolaborasi Teknikal ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor di Iskandar Puteri telah diadakan pada 13 Februari 2024.

Unit Kontrak Dan Perolehan telah diberikan kepercayaan bagi menguruskan lawatan ini dan dihadiri oleh beberapa pegawai teknikal pengurusan profesional daripada Seksyen Projek dan Penyenggaraan, Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Timbalan Naib Canselor, UTM Johor Bahru.

Ketua delegasi lawatan ini diketuai oleh Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset iaitu Prof Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa. Selain itu, Pengarah Seksyen Projek & Penyenggaraan iaitu Sr Asliza Bakar turut hadir bersama-sama dengan ketua-ketua unit dan pegawai teknikal yang berkaitan.

Picture
Sr. Mohd Jalil Esman selaku Juruukur Bahan Penguasa bersama pegawai UTM

Bahagian teknikal yang terlibat di JKR Johor dalam sesi lawatan ini ialah Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan yang diketuai oleh Sr Mohd Jalil Esman selaku Juruukur Bahan Penguasa di bahagian ini. Manakala Ir. Haji Mohd Isa Sulaiman iaitu Jurutera Awam Penguasa Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu telah mempengerusikan sesi taklimat lawatan kerja ini.

IMG
Sesi taklimat yang dipengerusikan oleh Ir. Haji Mohd Isa Sulaiman

Pelbagai aspek pengurusan kontrak dan perolehan dibincangkan bersama dalam perkongsian ini mengikut pandangan dan pengalaman yang dilalui berdasarkan garis panduan perolehan kerajaan yang telah ditetapkan. Turut dibincang dan dikongsikan bersama ialah berkaitan penyediaan anggaran kos projek yang mana menjadi salah satu agenda utama lawatan kerja ini. Perkara ini telah mendapat kata sepakat dimana proses penyediaan anggaran kos ini perlu melihat kepada pelbagai sudut secara terperinci dan ianya merupakan suatu isu yang subjektif. Selain itu, pihak JKR Johor juga turut berkongsi kaedah pengurusan perolehan yang telah dilaksanakan melalui sistem aplikasi yang menjadikan proses perolehan di jabatan ini lebih cekap dan sistematik.

IMG
Prof Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa menyampaikan cenderahati kepada Ir. Haji Mohd Isa Sulaiman

Menerusi lawatan ini, pelbagai perkongsian informasi berkaitan pengurusan kontrak dan perolehan kerajaan dapat dibincangkan bersama. Ianya sangat bermanfaat untuk dilaksanakan di UTM bagi menambah baik sistem kerja sediada. Sinergi bersama JKR Johor dalam sesi lawatan ini akan menjadikan satu titik permulaan bagi menghasilkan kecemerlangan bersama untuk mencapai kelestarian pengurusan dan pentadbiran kontrak yang menyeluruh.

Explore More