Mei 1, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at AM ()

Intervensi program Knowledge-Transfer kursus Sains Bahan UTM bersama KVTPi

JOHOR BAHRU & PONTIAN, 20 Feb. – Berikutan kejayaan program Bengkel Penataran USM2112 Sains Bahan Zon Johor 2023 dan penarafan 3 bintang dan pingat emas NALI 2023, salah seorang pensyarah dari Kolej Vokasional Tanjung Piai (Puan Noreliana Md Sharif) yang telah hadir ke Bengkel Penataran USM2112 Sains Bahan Zon Johor 2023 telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama sekali lagi dengan para pensyarah dari Panel Bahan, Jabatan Fizik, Fakulti Sains bersama dengan para pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, dan Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM dalam menganjurkan Program Knowledge-Transfer melalui Bengkel Hands-On Kursus Sains Bahan Kolej Vokasional Tanjung Piai (KVTPi) pada 7 Februari 2024. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Fizik, Fakulti Sains iaitu Dr. Roslinda Zainal.

WhatsApp Image at PM
Perasmian program oleh Dr. Roslinda Zainal

Seramai 26 orang pelajar daripada jurusan Teknologi Permesinan dan Kimpalan Tahun 1 KVTPi telah hadir dalam program yang diadakan di Makmal Komputer, Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Makmal Sains Bahan, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Para pensyarah telah berkongsi pelbagai teori asas berkaitan Sains Bahan ketika sesi pemindahan ilmu seterusnya para pelajar tersebut berpeluang mengaplikasikan teori asas yang telah dipelajari ketika sesi hands-on. Selain itu, para pelajar juga berpeluang untuk bertanya secara terus kepada para pensyarah berkaitan topik-topik yang telah dipelajari dalam kursus Sains Bahan.

IMG
Sesi taklimat Hands-On mesin Ujian Tegangan

 

IMG
Para pelajar KVTPi bersama para pensyarah Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UTM

Sementara itu, pada 19 Februari 2024, satu program pemantauan lanjutan dari Bengkel Penataran USM2112 Sains Bahan Zon Johor 2023 telah diadakan di KVTPi. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar kursus Sains Bahan KVTPi bersama-sama dengan para fasilitator yang terdiri dari pelajar yang pernah menjalani Program Bengkel Hands-On Kursus Sains Bahan KVTPi 2023. Terdahulu, program ini telah dijalankan oleh Puan Noreliana Md Sharif rentetan dari Bengkel Penataran USM2112 Sains Bahan Zon Johor 2023. Program pemantauan lanjutan ini menyaksikan kredibiliti dan kesungguhan tenaga pengajar dan para fasilitator  dari KVTPi dalam meneruskan usaha pemindahan-ilmu yang telah telah diperoleh dari Bengkel Penataran USM2112 Sains Bahan Zon Johor 2023 dan Program Bengkel Hands-On Kursus Sains Bahan KVTPi 2023. Para peserta yang terdiri daripada jurusan Teknologi Permesinan dan Kimpalan juga menunjukkan minat dalam mengaplikasikan teori asas berkaitan Atom dan Kristalografi ketika membina model atom.

WhatsApp Image at AM
Tenaga pengajar kursus Sains Bahan KVTPi sedang menyampaikan kuliah pemidahan ilmu berkaitan pengenalan kepada atom

 

IMG
Fasilitator membantu para pelajar ketika sesi hands-on

 

IMG
Para pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi membina model atom

 

IMG
Salah satu hasil tugasan berkumpulan yang ditunjukkan oleh para pelajar KVTPi

Selain itu, para penyelidik dari UTM juga dibawa melawat beberapa bengkel dan makmal yang terdapat di KVTPi. Program pemantauan ini juga turut menyaksikan kejayaan para alumni graduan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) dari Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM menempatkan diri sebagai pensyarah jurusan Teknologi Permesinan, Kimpalan dan Automotif di KVTPi. Malah sebuah modul pengajaran bagi kursus Fizik Keadaan Pepejal juga bakal diterbitkan oleh para penyelidik UTM yang terlibat dalam program knowledge-transfer sebagai panduan para pelajar pra-siswazah UTM dan pengenalan kepada Atom dan Kristalografi untuk warga TVET.

WhatsApp Image at AM
Pensyarah dari UTM bersama dengan graduan dari SOE, FSSH, UTM yang berjaya menempatkan diri sebagai para pensyarah di KVTPi

 

WhatsApp Image at AM
Modul asas Atom dan Kristalografi sebagai asas pengenalan dalam Sains Bahan kepada pelajar pra-siswazah dan warga TVET

 

Oleh: Siti Salwa Alias & Nur Hazirah Noh@Seth

Explore More