Mei 3, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at ()

“Fly High with Your Dream” bantu kesiapsiagaan pelajar menghadapi cabaran dunia luar

JOHOR BAHRU, 2 Jan. – Program Fly High with Your Dream 2024  anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Tun Razak (KTR) Sesi 2023/2024. Seramai 49 orang yang terdiri daripada pelajar tahun 1, penghuni KTR Program ini telah dijalankan di Dewan Tun Rahah bagi pelajar Fakulti Sains (FS) dan Bilik Seminar K01, KTR bagi pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) bermula jam 8 malam hingga 10 malam. Program ini telah mendapat sokongan daripada KTR, FS dan FSSH dari awal perancangan program hingga ke akhir penganjuran program. 

Dua panel yang telah dijemput iaitu Dr. Raja Kamarulzaman Raja Ibrahim (Timbalan Pengarah Laser Centre, Ketua Panel Optik, Pensyarah Kanan FS dan Ketua Applied Optics Research Group) dan Dr. Mohamad Ikram Zakaria (Pensyarah Kanan FSSH). Objektif program ialah membekalkan pengetahuan awal mengenai cabaran semasa dan akan datang tentang dunia kerjaya dan status ekonomi yang memberi pengaruh kepada kerjaya di seluruh dunia. Selain itu, memberi pelbagai pengisian yang bermanfaat untuk memastikan setiap pelajar dapat membina persepsi yang positif terhadap bidang kerjaya untuk diceburi pada masa akan datang. Seterusnya, menggunakan keupayaan dan kebolehan diri untuk bekerja dalam bidang yang diceburi supaya dapat digunakan di alam pekerjaan kelak. Akhir sekali, meningkatkan minat mempelajari ilmu kerjaya dalam kalangan pelajar dengan mengaitkan pembelajaran dengan bidang-bidang kerjaya yang lain.

Dr. Raja Kamarulzaman berkongsi tentang perjalanan hidup dan kerjaya beliau di Dewan Tun Rahah K01, KTR.

Program Fly High with Your Dream 2024 merupakan program yang memberikan bimbingan kepada pelajar dalam usaha mencapai matlamat dan impian kerjaya mereka. Program ini bukan sahaja menjadikan platform yang membolehkan pelajar untuk merentasi batasan dan mencapai potensi penuh pelajar dalam pelbagai aspek kehidupan malahan juga memberikan pendedahan dan persediaan awal kepada semua pelajar Fakulti Sains dan FSSH yang masih berada di tahun pertama pengajian.

Dr. Mohamad Ikram sedang memberikan ceramah kepada pelajar FSSH yang menghuni di KTR di Bilik Seminar K01, KTR.

Penceramah yang dijemput merupakan individu yang bekerja berdasarkan aliran kursus pengajian yang diambil dan mempunyai pengalaman yang banyak dalam kerjaya yang diceburi. Dengan adanya program taklimat ini, ia dapat membantu pelajar untuk  mempunyai matlamat, impian yang lebih jelas dan mempunyai perancangan yang lebih teratur berdasarkan aliran pengajian untuk mendapatkan kerjaya yang diimpikan.

En. Hemnaarth (Penasihat Program) bersama Mohamad Azman (EXCO Akademik dan Kerjaya JKM KTR Sesi 2023/2024) menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

Pasa masa yang sama, program ini menerapkan elemen matlamat pembangunan mampan (SDG), SDG yang keempat iaitu memastikan pendidikan berkualiti inklusif, saksama dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua. Dengan berkongsi ilmu, pelbagai pihak seperti pendidik, profesional pendidikan, dan masyarakat boleh saling belajar, berkembang dan meningkatkan akses kepada maklumat serta sumber pendidikan yang berkualiti.

Sesi bergambar bersama penceramah iaitu Dr. Mohamad Ikram.

Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya membuka minda pelajar untuk memilih kerjaya sesuai dengan diri mereka. Semoga program ini memberi manfaat kepada para pelajar yang menyertai. Diharapkan program ini menjadi titik mula bagi para pelajar tahun 1 KTR untuk merancang dan membentuk perjalan akademik mereka di Universiti Teknologi Malaysia dan seterusnya kerjaya mereka di masa hadapan.

Oleh: Faris Raziq bin Yusaini dan Hemnaarth A/L Tanakaran

Explore More