Disember 22, 2024

BMI Challenge: Menggalakkan pelajar KTHO mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas

JOHOR BAHRU, 3 Feb. – Program BMI Challenge telah mula dijalankan pada 29 Disember 2023 sebagai pengisian program kolej di Kolej Tun Hussein Onn (KTHO).
Program yang dianjurkan oleh Kelab Aktif Siswa (KESIA) ini dijalankan menggunakan aplikasi kalkulator Body Mass Index (BMI) dan “Cisco Webex”. Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar mengamalkan amalan pemakanan seimbang dan gaya hidup yang sihat untuk mengekalkan badan yang cergas.
Sesi perkongsian senaman yang boleh dilaksanakan sepanjang program berlangsung
Melalui program ini juga, pelajar dapat memperoleh ilmu pengetahuan berkenaan kepentingan dan juga kaedah untuk mengekalkan BMI yang normal, kesannya mereka dapat mencegah penyakit kronik yang disebabkan oleh masalah berat badan serta dapat membantu kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 3 (SDG 3) iaitu kesihatan dan kesejahteraan yang baik.
‘Program ini adalah satu titik perubahan kepada negara memandangkan Malaysia antara negara yang mempunyai bilangan penduduk obesiti tertinggi di Asia Tenggara, semoga dengan program ini dapat membantu negara dalam menangani kes obesiti’ ujar pengarah program Chiew Rou Yi dalam ucapan semasa majlis perasmian berlangsung.
Sesi perkongsian kaedah mengira BMI menggunakan aplikasi BMI Calculator
Program yang dilaksanakan selama satu bulan ini mempunyai beberapa aktiviti yang menarik antaranya adalah aktiviti senaman setiap minggu dimana peserta perlu menghantarkan rekod BMI yang dikira melalui aplikasi kalkulator BMI kepada unit aktiviti program melalui “Google Form” setiap dua minggu. Selama program dijalankan, peserta perlu melakukan aktiviti senaman dan mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mengekalkan BMI yang normal. Melalui aktiviti yang dijalankan, ianya sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan mengekalkan BMI yang normal.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bagi program BMI Challenge.
Majlis penyampaian hadiah diadakan menggunakan aplikasi “Cisco Webex”. Pemenang tempat pertama bagi program ini adalah Huan Ke Xin yang mencapai BMI normal yang terendah dalam kalangan peserta. Seterusnya ialah Harith Hadif Mohd Alizan yang mendapat tempat kedua dan Lee Siao Yan yang mendapat tempat ketiga.
Sambutan hangat yang diberikan oleh semua pelajar melalui pelaksanaan program ini diharapkan dapat menjadi penyuntik semangat untuk para pelajar memupuk gaya hidup sihat dan mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk mengekalkan berat badan yang normal pada masa akan datang serta menjadi contoh kepada pelajar yang lain.
Oleh: Unit  Multimedia Program Wellness Challenge (Penulis), Muhammad Nur Firdaus bin Osman (Penyunting)

Explore More