Mei 4, 2024

Search
Close this search box.
UTM

UTM-OUM rintis kerjasama dalam bidang strategik utama pendidikan tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Jan. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Open University Malaysia (OUM) telah merintis kerjasama pertama melalui pemeteraian  Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan beberapa bidang startegik utama antara kedua-dua belah pihak.
Majlis emertaian anjuran Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail bersama Naib Canselor OUM, YBrs. Prof. Dr. Ahmad Izanee Awang serta disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) OUM, YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Md Ninggal.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pendaftar UTM, Puan Hajah Nor Azizah Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan METEOR, YBhg. Dato’ Naharudin Ali, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, dan Pendaftar OUM, YBhg. Prof. Dr. Siti Aishah Hashim Ali serta pegawai-pegawai kanan UTM dan OUM.
Kerjasama strategik ini yang bakal berlangsung selama lima tahun ini akan meliputi bidang Pembangunan Bakat, Pembangunan Sistem dan Perisian, Program Intensif Bahasa Inggeris, Program Pembangunan Micro-Credential, kerjasama bersama Fakulti, aktiviti penyelidikan dan penerbitan bersama, pembangunan Program Akademik dan Profesional serta Kolaborasi Perkongsian Antarabangsa.
Selain itu, UTM dan OUM bakal memperoleh faedah dan manfaat daripada aspek peningkatan dalam kualiti pendidikan, pengembangan penyelidikan dan inovasi, peluasan tawaran program dan akses pasaran global, serta peningkatan kerjasama dan perkongsian kepakaran.
UTM
Ucapan YBhg. Datuk Naib Canselor UTM.
UTM
Ucapan Naib Canselor OUM.

 

UTM
Sesi Pertukaran Cenderamata UTM-OUM.

 

UTM
Sesi Fotografi Bersama Pengurusan Kanan UTM-OUM.

Explore More