November 14, 2024

Search
Close this search box.
photo

Semarak Tahun Baru Cina: Kolej Tun Razak, memperkukuhkan perpaduan budaya

JOHOR BAHRU, 17 Jan – Sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan pada 17 Januari 2024 bertempat di Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak. Program ini telah dihadiri oleh seramai 259 orang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari pelbagai bangsa.

photo
Perasmian Sambutan Tahun Baru Cina oleh Encik Amirul Azan Bin Mohd Sufian, diiringi oleh Encik Hemnaarth A/L Tanakaran.

Sambutan Tahun Baru Cina merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak (JKM KTR) sesi 2023/2024 dan dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada warga Kolej Tun Razak mengenai budaya kaum Cina ketika Sambutan Tahun Baru Cina. Program ini juga menjadi platform kepada warga Kolej Tun Razak bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum-kaum yang lain disamping memupuk semangat perpaduan serta keharmonian.

photo
Persembahan tarian oleh mahasiswa UTM.

Antara aktiviti menarik yang telah diadakan ketika program Sambutan Tahun Baru Cina ini ialah persembahan tarian, kuiz interaktif dan pertandingan tanglung DIY. Persembahan tarian ini telah dipersembahkan oleh pelajar Universiti Teknologi Malaysia dan pada masa yang sama mampu mengenengahkan bakat serta kebolehan mereka yang tersendiri. Tarian tersebut bertemakan tarian tradisional dan moden. Pemilihan lagu dan koreografi adalah dibuat oleh mereka sendiri. Aktiviti kedua, kuiz interaktif Sambutan Tahun Baru Cina. Kuiz ini diadakan adalah untuk menguji pengetahuan am para pelajar mengenai Sambutan Tahun Baru Cina. Akhir sekali, merekabentuk
tanglung DIY. Mereka menggunakan bahan yang terhad seperti kertas, gam dan gunting untuk menyiapkan tanglung tersebut berdasarkan kreativiti masing-masing pada masa yang telah ditetapkan.

photo
Aktiviti tanglung DIY dijalankan oleh mahasiswa Kolej Tun Razak

 

Picture
Antara tanglung DIY yang telah berjaya dihasilkan oleh Mahasiswa Kolej Tun Razak

Dengan kejayaan sambutan ini, diharapkan ia juga dapat dijadikan batu loncatan bagi mempromosi kepelbagaian budaya kaum yang lain seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan sebagainya disamping mewujudkan silang budaya khususnya di Kolej Tun Razak serta di Universiti Teknologi Malaysia secara amnya seiring peribahasa “tak kenal, maka tak cinta”.

Oleh: Muhammad Ilham Aqil bin Arman dan Amirul Azan bin Mohd Sufian

Explore More