Disember 22, 2024

IMG

Program “Melestari Idea Cipta Holistik” bukti komitmen pelajar UTM terhadap pendidikan holistik

JOHOR BAHRU, 13 JanService Learning merupakan satu kaedah yang menggabungkan khidmat masyarakat dengan pengajaran akademik yang telah lama diiktiraf kerana keupayaannya untuk menyemai rasa penglibatan menyumbang semula kepada komuniti oleh pelajar UTM.  Seramai 5 orang pelajar SPACE Tahun 4 Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSH), UTM dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang (ILPPG) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru 2, Johor Bahru melaksanakan program Service Learning (SL) pada 15 Oktober hingga 19 November 2023 yang lalu.

IMG
Pelajar mengambil bahagian dalam salah satu pengisian program iaitu Mobile Car Bot

Program SL ini bertemakan (SLIC) Smart Learning Innovative & Creativity Community: “Melestari Idea Cipta Holistik” yang melibatkan tiga fasa utama iaitu fasa pertama Robo Booth, fasa kedua Buddies Bot, dan fasa ketiga Mobile Car Bot. SLIC secara ringkasnya mengetengahkan dua elemen penting iaitu ilmu dan robotik yang seiring dengan “Melestari Idea Cipta Holistik”.

IMG WA
Pelajar UTM bertugas memberikan penerangan kepada pelajar semasa aktiviti Robo Booth

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah serta mengembangkan kreativiti dan inovatif pelajar dalam projek inovasi STEM atau TVET. Selain itu, program ini dapat meningkatkan pengetahuan peserta dalam membudayakan kerja yang cemerlang, kreatif, dan inovatif yang berkaitan dengan bidang robotik. Salah satu faedah utama dalam program ini adalah untuk mencipta impak positif dalam komuniti. Projek-projek ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti tetapi juga memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka laluan kerjaya dalam robotik dan teknologi dalam pendidikan.

Kami percaya bahawa dengan menyepadukan robotik ke dalam kurikulum Service Learning ini, kami bukan sahaja menyediakan pelajar kami untuk tenaga kerja masa depan tetapi juga menanamkan kepada mereka kepentingan menggunakan teknologi untuk kebaikan yang lebih besar,” kata Dr. Roslizam Hassan selaku penasihat program ini.

IMG
Suasana ketika aktiviti Buddies Bot sedang berlangsung

Program ini mempamerkan potensi robotik dalam pendidikan dan penglibatan komuniti, menggalakkan lebih banyak sekolah atau institusi pendidikan yang lain untuk menerima pendekatan inovatif ini. Dengan menggabungkan teknologi dan impak sosial, para pelajar bukan sahaja bersedia untuk masa depan yang didorong oleh teknologi tetapi juga menjadi penyumbang aktif kepada dunia yang lebih baik.

Memandangkan UTM terus menerajui inovasi pendidikan, gabungan Service Learning dan robotik menjadi bukti komitmen terhadap pendidikan holistik dan peningkatan masyarakat. Ia dapat menjadi inspirasi untuk institusi pendidikan di seluruh dunia dan menunjukkan potensi yang mendalam untuk mengintegrasikan teknologi dengan kemanusiaan untuk membentuk generasi individu yang peka dan mahir dari segi teknologi.

 

  • Program Robo Booth

IMG WA

 

 

  • Program Buddies Bot

IMG

IMG

 

 

  • Program Mobile Car Bot

 

IMG

IMG WA

 

Explore More