November 22, 2024

Search
Close this search box.
zakat utm

Pencapaian Zakat UTM 2023 mengagumkan

JOHOR BAHRU, 2 Jan. – Tahun 2023 telah melabuhkan tirainya, pelbagai cerita dan kisah yang begitu hebat telah dijana dan dicapai oleh Varsiti kebanggaan kita di peringkat Kebangsaan dan Global. Hasil usaha semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan hasrat yang murni dan jitu ini.

Zakat UTM yang diuruskan oleh Unit Zakat dan Kebajikan Pusat Islam UTM juga telah menjadi salah satu pendukung kuat dalam mencapai hasrat universiti dalam penjanaan kewangan serta keprihatinan kebajikan pelajar dan staf.

kutipan
Kutipan zakat 2023

Sebagai Rekod, Hasil daripada Kutipan Zakat bagi Tahun 2023 menerusi beberapa instrumen seperti Skim Infaq (potongan gaji bulanan), Pembayaran Tunai Zakat Harta, Zakat Fitrah dan Sumbangan Wakalah, jumlah kutipan yang berjaya dijana adalah sebanyak RM 8,142,076.27  melibatkan 5,850 pemegang taruh (pencarum dan pembayar) iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan Universiti iaitu sebanyak RM 8 juta. Pencapaian ini dijana melalui kerjasama staf-staf UTM dan Komuniti yang mempunyai kesedaran serta perhatian terhadap kewajipan berzakat.

agihan zakat 2023
Agihan zakat 2023

Dari segi agihan, Zakat UTM telah mengagihkan sebanyak RM 3,334,587.04 kepada lebih kurang 6,004 orang penerima dalam kalangan pelajar dan staf UTM yang memerlukan. Agihan ini meliputi beberapa skim bantuan antaranya, Bantuan Zakat Sara Diri (BZSD), Bantuan Zakat Yuran Pengajian (BZYP), Bantuan Zakat Latihan Industri (BZLI), Bantuan Hari Raya (BHR), Bantuan Persekolahan Anak Staf (BPAS) dan pelbagai lagi. Bantuan-bantuan ini dikelolakan sepenuhnya oleh Zakat UTM bagi memberi ruang dan peluang kepada pelajar dan staf yang kurang berkemampuan menikmati sedikit rezeki kurniaan Allah Taala hasil keprihatinan dan kesudian warga UTM dan komuniti berkongsi sedikit hasil pendapatan mereka.

Zakat UTM mengharapkan kesedaran tentang kewajipan berzakat sentiasa disematkan di dalam hati dan jiwa setiap warga UTM bagi memupuk semangat kerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Selari dengan Firman Allah Taala dalam Surah At-Taubah Ayat 103 yang bermaksud :

“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Explore More