Mei 3, 2024

Search
Close this search box.
IMG

Pencapaian warga Felow diraikan dalam Majlis Apresiasi IPF 2023

JOHOR BAHRU, 19 Jan – Institusi Pembangunan Felow (IPF) Universiti Teknologi Malaysia meraikan sumbangan seluruh warga kerjanya melalui penganjuran Majlis Apresiasi Institusi Pembangunan Felow 2023 (MAIPF23) pada 19 Januari 2024 di Dewan Jade GoodHope Hotel Skudai, Johor. Majlis ini telah mendapat peruntukan dan kelulusan dari pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UTM dan mendapat tajaan dari UTM Holding Sdn Bhd serta UTMAlumni.

Majlis tersebut bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap sumbangan ahli IPF sepanjang tahun 2023 dalam memacu dan menjamin kelancaran aktiviti pembangunan mahasiswa di kolej kediaman masing-masing. Majlis ini juga turut bertujuan sebagai mengeratkan permuafakatan antara pihak pengurusan IPF dan warganya.

WhatsApp Image at AM
Barisan Ahli Jawatankuasa Majlis Apresiasi IPF 2023

Menurut Pengarah Program, Ts. Mohd Hazri Ishak, MAIPF23 ini bukan sekadar satu majlis keraian, tapi juga sebagai satu penghormatan kepada IPF UTM secara keseluruhannya, yang telah berjaya mencapai matlamat dan tujuan penubuhannya dengan pelbagai kejayaan pada tahun 2023.

Wakil rasmi Timbalan Naib Canselor (HEPA) UTM, Prof. Dr. Shamsul bin Shahibudin selaku perasmi program telah mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan berharap ianya menjadi motivasi kepada ahli-ahli lain dan seterusnya menjadi pemangkin semangat dalam melonjakkan peranan dan pencapaian Institusi ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Kejayaan Majlis Felow ini telah diterjemahkan dengan keberhasilan ahli IPF ini dalam mengukuhkan hubungan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli. Ini menjadikan UTM bukan sahaja tempat pembelajaran, tetapi juga sebagai sebuah komuniti yang menyokong aktiviti pembangunan pelajar secara holistik” katanya.

WhatsApp Image at PM
Penyampaian Anugerah khas kepada Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin selaku mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTM.

Sebanyak 22 anugerah telah disampaikan kepada penerima yang layak, dalam MAIPF23 kali ini. Anugerah-anugerah ini merangkumi lapan anugerah untuk pembantu felow, lapan anugerah untuk felow, empat anugerah Bintang Kejora pelbagai kategori, serta dua anugerah utama yang di khaskan terhadap mantan ahli yang telah banyak menyumbangkan khidmat bakti dan memberikan impak yang besar dalam sejarah perjalanan Institusi ini. Kesemua penerima anugerah telah dipilih melalui proses penjurian yang sangat telus dan profesional.

IMG
Penerima Anugerah Bintang Kejora Kolej, diberikan kepada Kolej Tun Hussein Onn dengan jumlah aktiviti pembangunan pelajar terbanyak sepanjang tahun 2023.

Penampilan unik dan kreatif beberapa ahli yang hadir dalam majlis bertemakan ‘Retro’ ini turut mencuri tumpuan hadirin yg lain. Antaranya Prof. Madya Dr. Mohd. Murtadha yang tampil mengenakan gaya afro zaman 70-an serta Cik Syazwina yang mengenakan gaya “Saloma” dari zaman 60-an. Keduanya turut dinobatkan sebagai  pemenang ‘King & Queen of The Night” di kemuncak acara.

IMG
Prof. Madya Dr. Mohd Murtadha dan Cik Syazwina dinobatkan sebagai King and Queen of The Night sempena MAIPF23

Senarai penuh pemenang anugerah MAIPF23:

Kategori Felow :

  1. Anugerah Figura IPF : Puan Siti Fawziah Binti Mohd Noor
  2. Anugerah Atlet IPF : Ts. Dr. Syamsul Hendra Bin Mahmud
  3. Anugerah Sukarelawan & Kebajikan IPF : Encik Azizul Bin Azman
  4. Anugerah Pengembangan Ilmu IPF : Dr. Nurzal Effiyana Binti Ghazali
  5. Anugerah Seni Kreatif IPF           : Ar. Idr. Ts. Dr. Noraslinda Binti Abdul Rahman
  6. Anugerah Personaliti Mesra IPF : Encik Mohd Iskandar Bin Ishak
  7. Anugerah Felow Berdedikasi IPF : Dr. Nadirah Binti Darus
  8. Anugerah Felow Harapan IPF : Dr. Muhammad Talhah Bin Ajmain @ Jima’ain

Kategori Pembantu Felow :

  1. Anugerah Figura Muda IPF           : Cik Anis Suzziani Binti Rosslan
  2. Anugerah Atlet Muda IPF           : Encik Muhammad Zahid Bin Zainul Abidin
  3. Anugerah Sukarelawan & Kebajikan Muda IPF : Encik Muhammad Adhar Bin Zorobi
  4. Anugerah Pengembangan Ilmu Muda IPF : Cik Hamizah Amalina Binti Amlan
  5. Anugerah Seni Kreatif Muda IPF : Encik Mohamad Ikmal Zulhakkim Bin Mohaini
  6. Personaliti Mesra Muda IPF : Cik Siti Khairunisah Binti Ghazali
  7. Anugerah Felow Berdedikasi Muda IPF : Cik Azanni Nur Izzati Binti Jamaludin
  8. Anugerah Felow Harapan Muda IPF : Encik Muhamad Sharifuddin Bin Abd Rahim

Kategori Anugerah Khas :

  1. Anugerah Sanjungan Budi : YBrs. Profesor Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Bin Ismail
  2. Anugerah Budi Emas         : Dr. Norhidayah Binti Md. Yunus
  3. Anugerah Bintang Kejora (Kolej)   : Kolej Tun Hussein Onn (KTHO)
  4. Anugerah Bintang Kejora (Pengetua) : Prof. Madya Dr. Mohd Haizal Bin Jamaludin
  5. Anugerah Bintang Kejora (Felow)   : Encik Shamsul Azli Bin Shamsuray
  6. Anugerah Bintang Kejora (Pembantu Felow) : Encik Mohd Fadthul Ikmal Bin Misnal

Pihak jawatankuasa mengucapkan sekalung tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat dan inspirasi kepada semua warga IPF untuk terus mencurahkan jasa bakti khususnya kepada kecemerlangan Institusi Pembangunan Felow, UTM.

 

Disediakan oleh: Ts. Mohd Hazri bin Ishak & Dr. Aminah Binti Mohsin

 

Explore More