Mei 4, 2024

Search
Close this search box.
YB berucap Penutup Majlis

Makmal Komuniti Benut perintis industri eko-pelancongan pintar

BENUT, 6 Jan. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di bawah teraju Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS) dengan kerjasama Pejabat Daerah Pontian, Kompleks Penghulu Benut dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPPK) Kawasan 12 Kg. Tampok telah menganjurkan Karnival Komuniti Benut 2024.

Penganjuran karnival secara berskala besar ini bertujuan untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti eko-pelancongan dalam usaha membangunkan Pusat Rekreasi Eko-Pelancongan Tampok Laut.

Karnival ini turut memberikan peluang kepada 606 pelajar UTM untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran servis di samping mewujudkan kerjasama merentas agensi, institusi dan komuniti dalam memajukan lagi sektor eko-pelancongan di kawasan tersebut.

Pengerusi Sekolah Pengajian Prasiswazah, Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus berkata, “Karnival ini adalah kesinambungan daripada projek penubuhan Makmal Komuniti Benut yang telah dijalankan oleh UTM sejak tahun 2020. Ia sekali gus menjadi platform untuk pelajar-pelajar UTM melaksanakan pemindahan ilmu untuk manfaat komuniti setempat sekitar Benut.

APC
Pengerusi UGS ketika menyampaikan kata aluan.

Tambah Prof. Dr. Intan Zaurah, “UTM juga sedang menginovasikan satu projek ke arah penyelasaian penggredan kerang yang masih melalui proses penyelidikan dan dalam fasa prototaip. Sekiranya telah siap sepenuhnya, mesin penggredan tersebut akan diserahkan kepada komuniti Kg. Tampok Laut.”

Pegawai Daerah Pontian, Tuan Haji Zainal Eran pula dalam ucapan perasmian berkata, “Jalinan kerjasama antara UTM dan komuniti Mukim Benut ini akan meningkatkan kualiti pendidikan dan modal insan bersesuaian dengan hasrat untuk melahirkan masyarakat yang mampu untuk berdikari, kreatif, inovatif dan sentiasa berdaya saing supaya mereka tidak terpinggir dalam mengejar kemajuan.”

APC
Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Zainal Eran, Pegawai Daerah Pontian.

Majlis Perasmian karnival turut dihadiri Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Tuan Haji Abdul Razak Khalid; Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Encik Norizam Rahmat, ketua-ketua agensi kerajaan dan penghulu-penghulu Mukim Daerah Pontian.

Karnival ini turut melibatkan kolaborasi rakan strategik lain seperti MPPn, Pejabat Tanah Daerah Pontian, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR) Pontian, JPS Pontian, Pejabat Kesihatan Daerah Pontian, Jabatan Penerangan Daerah Pontian, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pontian, Ranhill SAJ Sdn. Bhd. dan SWCorp.

Bersempena karnival ini, beberapa aktiviti telah dianjurkan oleh pelajar UTM dengan melibatkan penyertaan dari komuniti setempat.

Antaranya seperti Pameran Galeri Komuniti Benut, Pameran Mural Interaktif, Melukis dengan Cahaya, Klinik Asas Woodball, Nature Odyssey (eksplorasi dan pemuliharaan bakau), Pengenalan Kayak, Bengkel Memanah, Fun Run (larian sejauh 3km), Latihan Penerbangan Dron, Bengkel Asas Gamelan, Muzik dan okestra, Operasi Krisis Pengurusan Bencana, Knot Paracord, First Aid dan Isyarat Tangan.

Flag Off Fun Run
Aktiviti Fun Run.
IMG
Tuan Haji Zainal Eran mencuba menerbangkan dron.
APC
Persembahan gamelan dari masyarakat tempatan.

Dalam siri pembelaran servis sebelum ini, UTM telah membangunkan fasiliti dan prototaip bagi manfaat komuniti setempat seperti galeri pelancongan di Community Information Centre Benut, taman “Herba Dapur” di Kompleks Penghulu, pemasangan papan tanda Jeti Kampung Tampok Laut, prototaip cadangan Pembangunan Eko Tourism Taman Rekreasi Kampung Tampok Laut, dan prototaip Mesin Penggredan Kerang.

Signboard Jeti Nelayan
Papan Tanda Jeti Nelayan Kg. Tampok Laut yang disediakan oleh pihak UGS-UTM.
IMG
Prototaip Model Taman Eko-Pelancongan Kg. Tampok Laut yang dibangunkan oleh kumpulan pelajar.

Sementara itu, sesi penutupan karnival ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Hj. Ahmad bin Maslan merangkap Ahli Parlimen Pontian.

YB berucap Penutup Majlis
YB Datuk Seri Hj. Ahmad Maslan sedang menyampaikan ucapan semasa Majlis Penutupan.
Majlis penyerahan kayak UTM kepada Ketua Kampung Tampok Laut.
APC
YB Datuk Seri Hj. Ahmad Maslan bersama pelajar yang terlibat dalam program karnival.
Barisan Sekretariat UGS
YB Datuk Seri Hj. Ahmad Maslan bersama barisan sekretariat UGS-UTM.

 

Explore More