April 29, 2024

Search
Close this search box.

TANJUNG PINANG, INDONESIA, 1 Jan. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) jalin kolaborasi yang kukuh dengan beberapa universiti luar Negara dalam usaha memanifestasikan dampak global melalui penyelidikan dan pembangunan. Program Khidmat Komuniti Antarabangsa ialah rintisan sukarelawan sosiologi-pendidikan yang direka untuk mendedahkan budaya sosiologi masyarakat yang unik kepada mahasiswa. Program yang dianjurkan oleh pelajar kursus Sosiologi Pendidikan (SHPP 4062-05) ini disertai oleh 22 orang pelajar yang diketuai oleh Muhammmad Iqbal Afiq dengan iringan seorang pensyarah iaitu En. Shahrin Hashim. Kesemua peserta merupakan pelajar tahun empat Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) UTM.

be c f dcbdfcde
Pelajar tahun 4 SHPJH Sekolah Pendidikan, FSSH, UTM Dan Pihak UMRAH

Program Khidmat Komuniti Antarabangsa ini memfokuskan kepada penerapan nilai murni dalam diri mahasiswa terhadap alam sekitar sebagai objektif utamanya. Inisiatif ini mendedahkan pelajar kepada kesedaran pengurusan alam sekitar, khususnya dalam penanaman bakau sambil mengeratkan hubungan sosial antara mahasiswa Malaysia dan masyarakat Indonesia. Selain itu, projek ini bertujuan menyelidik, merancang, mewujudkan pertukaran idea dan teknologi hijau serta melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada komuniti di peringkat antarabangsa. Pada 26 Disember 2023, Program Khidmat Komuniti Antarabangsa berlangsung dan program ini mendapat sokongan penuh daripada Dekan FSSH Prof. Dr. Arieff Rustam, dan Pengerusi Sekolah Pendidikan.

IMG
Taklimat mengenai program penanaman pokok bakau oleh Carbon Ethics.

Pihak Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH) membawa delegasi UTM meneroka pelbagai perkara menarik yang tidak boleh dirasai di Malaysia, termasuklah mencuba menu utama Tanjung Pinang iaitu siput gonggong. Pihak UMRAH mengadakan program penanaman pokok bakau bersama komuniti setempat bagi memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri mahasiswa. Aktiviti menanam bakau di Tanjung Pinang, Indonesia dipimpin oleh organisasi Carbon Ethics yang ditubuhkan bertujuan untuk memulihkan keseimbangan iklim melalui penyelesaian iklim semula jadi dengan menjadi perintis dalam pemuliharaan karbon biru.

IMG
Mendengar Taklimat Tentang Kehadiran Akar Ceracak Dalam Proses Penanaman Pokok Bakau

Impak kepada usaha yang dijalankan oleh organisasi ini dapat meningkatkan kehidupan rakan kongsi dan biodiversiti tempatan. Mahasiswa mendapat bimbingan secara langsung daripada organisasi ini sepanjang program bagi memastikan objektif program tercapai. Mahasiswa yang terlibat mendapat pengalaman baharu mengenai pokok bakau termasuk diperkenalkan dengan produk keluaran pokok bakau yang ditanam. Antara produk yang dihasilkan di bawah organisasi Carbon Ethics ialah sabun bakau tanpa bahan kimia, kopi bakau, pewarna batik dan banyak lagi. Carbon Ethics juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan sangat membantu dalam mencorakkan mahasiswa yang berketerampilan tinggi dan cinta akan alam sekitar.

IMG
Bergambar Bersama Organisasi NGO, Carbon Ethics

Banyak impak program yang dapat dilihat termasuklah pada analisis NEWS yang menekankan kepada keperluan (needs), jangkaan (expectation), kemahuan (want) dan kepuasan program (satisfaction).

Needs – keperluan terhadap program yang dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan jalinan kerjasama di peringkat antarabangsa bersama Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara bagi memberikan dampak integrasi yang positif di samping menambah baik sistem pendidikan dalam meningkatkan kualiti mahasiswa yang mempunyai nilai insaniah yang holistik.

Expectation – jangkaan daripada program yang dijalankan akan meningkatkan ilmu pengetahuan serta mempelajari budaya dan ilmu baharu hasil daripada pantauan dan lawatan yang dijalankan sepanjang program berlangsung. Program ini juga dijangka meningkatkan kepercayaan pihak luar untuk bekerjasama dengan UTM dalam membentuk kemenjadian pelajar mahupun tenaga pengajar secara berterusan.

WhatsApp Image at
Penghasilan Sabun Tanpa Bahan Kimia Yang Berasal Daripada Buah Bakau

Want – program kali ini bertujuan untuk menambahkan pengalaman baru bersama masyarakat Indonesia. Bak kata peribahasa ‘jauh perjalanan luas pemandangan’. Di samping itu, mahasiswa juga berupaya mempamerkan nilai teladan yang baik serta dapat mengharumkan nama UTM di seantero dunia.

Satisfaction – kepuasan daripada program, mahasiswa bukan sahaja dapat mempelajari pelbagai ilmu dan pengalaman baharu, malah UTM sendiri telah bersepakat untuk menjalankan kerjasama secara berterusan dengan pihak UMRAH berkaitan projek-projek industri yang boleh menjana ekonomi Institusi dan juga negara. Pihak UTM juga sangat berbesar hati mendapat layanan yang baik daripada pihak UMRAH sepanjang rombongan UTM berada disana.

photo
Lawatan Yang Disusun Oleh Pihak UMRAH Ke Treasure Bay Yang Merupakan Pantai Buatan Terbesar Di Asia Tenggara

Walaupun Malaysia dan Indonesia merupakan Negara serumpun, terdapat jurang yang sangat ketara antara adat dan budaya dari segi makanan, pakaian, dialek bahasa, pendidikan dan lain-lain. Program yang berimpak seperti ini wajar diteruskan oleh generasi akan datang kerana program besar seperti inilah UTM semakin gah di persada dunia. Kita bukan sahaja mahu mendapat tempat di mata dunia kerana kedudukan akademik semata-mata malah dalam apa jua bentuk kemenjadian pelajar dan sebagainya.

WhatsApp Image at
Penyampaian Cenderahati Daripada Pihak UTM

 

IMG
Makan Malam Bersama Pihak UMRAH

Explore More