November 3, 2024

Search
Close this search box.
Pengenalan Speaker

Kelab Geoinfo anjur webinar “Future Geospatialist (GEOCI’ 23)”

JOHOR BAHRU, 24 Dis. – Program Sarjana Muda Sains Geoinformatik melalui Kelab Geoinfo telah mengadakan program akademik bertajuk “GIS Career Insights: Future Geospatialist (GEOCI’ 23)” secara dalam talian. Program ini melibatkan kehadiran seramai 207 pelajar daripada pelbagai latar belakang kursus pengajian termasuk Sains Geoinformatik, Komputer, Kejuruteraan Awam, Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Pengurusan, dan Sains.

Acara ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh mengenai prospek pekerjaan dalam bidang Geospatial di sektor industri. Panel industri yang turut serta telah menyumbangkan pandangan konstruktif mengenai industri ini, memberikan pandangan yang segar dan dinamik.

Inisiatif ini memberikan pencerahan kepada pelajar Sains Geoinformatik mengenai potensi masa depan dalam kerjaya mereka setelah tamat pengajian. Hal ini menjadi tonggak penting bagi mereka untuk mengembleng keberanian memasuki alam pekerjaan yang mencabar.

Program ini tidak hanya memberi tumpuan kepada kemahiran teknikal, tetapi juga pentingnya aspek insaniah yang tinggi dalam bidang ini. Peserta digalakkan untuk memperkukuhkan kebolehan mereka sejak di peringkat awal pengajian.

Panel jemputan, Ts. Gs. Muhammad Nor Hisham Mustapa Kamal, Ketua Perkhidmatan Perlaksanaan Projek dari MAP2U Sdn.Bhd., turut memberikan perkongsian bermakna melalui platform yang sama. Beliau menekankan pentingnya penguasaan kemahiran GIS termasuk penggunaan aplikasi ArcMap dan Qgis bagi graduan.

Tidak hanya itu, beliau juga menggariskan keperluan pemikiran strategik dalam melangkah ke alam profesionalisme dan menekankan peri pentingnya pengiktirafan melalui sijil kemahiran geospatial untuk memberi kelebihan kepada graduan dalam pasaran pekerjaan.

Program ini memberikan gambaran komprehensif mengenai peluang pekerjaan dalam bidang Sains Geoinformatik dan membuktikan perlunya pembelajaran berterusan mengikuti perkembangan teknologi geospatial yang pantas.

Keseluruhannya, acara ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan peserta, malah memperkukuh reputasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam menghasilkan individu yang mahir dalam bidang teknologi. Inisiatif seumpama ini wajar diteruskan demi menyemarakkan semangat saintifik dalam kalangan pelajar.

Poster
Program diadakan secara atas talian menggunakan platform Webex.

Kata Aluan Dr Jen

Sharing Session

Peserta
Antara audiens yang hadir pada hari tersebut adalah Penasihat Kelab Geoinformatik 23/24 dan para pelajar program Sarjana Muda Sains Geoinformatik dengan Kepujian.

 

Oleh Farah Waheeda, Nur Anis Farhana dan Suzanna Noor Azmy

Explore More