April 29, 2024

Search
Close this search box.
Tangga

‘Jom Guna Tangga’ pupuk gaya hidup sihat warga Fakulti Komputeran

JOHOR BAHRU,  15 Dis. – Fakulti Komputeran melancarkan Kempen Jom Guna Tangga dan Kempen Kitar Semula untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan lestari dalam kalangan warganya.

Tangga
Perasmian yang disempurnakan oleh Prof. Wan Mohd Nasir di hadapan ‘Tangga’ yang menjadi simbolik kepada kempen ini.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Komputeran, Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir Wan Kadir di Foyer bangunan N28. Dalam ucapannya menegaskan betapa kesihatan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Individu yang kekal cergas dan aktif dengan melakukan aktiviti fizikal secara berterusan dapat mengurangkan risiko penyakit Non-Communicable Disease (NCD) termasuklah penyakit kardiovaskular.

“Kajian saintifik juga telah membuktikan, sebarang bentuk aktiviti fizikal yang dilakukan secara berterusan, walaupun sedikit, adalah lebih baik daripada tiada langsung melakukan apa-apa,” tambahnya lagi yang turut menyertai aktiviti senamrobik sebelum menyempurnakan majlis perasmian.

Program turut dimeriahkan dengan penganjuran ‘FC Stair Challenge’ yang menarik penyertaan 20 orang ‘atlet’ daripada kalangan staf dan pelajar fakulti. Peserta perlu menamatkan perlumbaan yang melewati 219 anak tangga di bangunan N28 selain berjalan laju sejauh 790 meter. Kategori lelaki dimenangi oleh Ahmad Khairul Fadhli Rosli dan kategori perempuan pula dimenangi oleh Nurul Syakira Samsol Bahri. Pemenang menerima wang tunai berjumlah RM 70.00, hadiah serta sijil penyertaan yang disampaikan oleh Penolong Pendaftar Fakulti Komputeran, Nor Kamsiah Manan.

tangga
Ahmad Khairul Fadhli Rosli juara FC Stair Challenge kategori lelaki.

 

tangga
Nurul Syakira Samsol Bahri (paling kanan) juara kategori wanita.

Menurut Pengarah Program, Hasnah Musim, FC Stair Challenge bakal menjadi acara tahunan anjuran Fakulti Komputeran. “Kami menyasarkan penyertaan lebih ramai peserta dan hadiah wang tunai yang lebih besar,” katanya lagi yang turut merupakan ‘Green Manager’ Fakulti Komputeran.

Explore More