Mei 15, 2024

Search
Close this search box.
POSTER PROGRAM

Bengkel Microsoft Excel Anjuran SEJATI sesi 2023/2024

SKUDAI, 2 Jan. – Penguasaan perisian seperti Microsoft Excel merupakan salah satu kemahiran yang penting untuk semua mahasiswa sebelum memasuki alam pekerjaan. Graduan yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam penggunaan perisian Microsoft Office seperti Word, Excel dan Powerpoint boleh dikira satu kelebihan yang dimahukan oleh majikan yang akan dapat mempermudah pelaksanaan tugasan. Menyedari kepentingan ini, Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan sebuah bengkel yang berkaitan penggunaan Microsoft Excel. 

Penganjuran Bengkel Microsoft Exce ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dan orang awam terutamanya dalam penggunaan Microsoft Excel. Bengkel ini telah dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya melalui platform Cisco Webex. Bengkel yang dikemudi oleh Muhammad Haziq Maas ini merupakan program pertama SEJATI bagi tahun 2024.

Sesi perkongsian bagi bengkel ini telah disampaikan oleh Dr. Noraslinda Mohamed Ismail selaku panel jemputan. Beliau merupakan pensyarah kanan di Fakulti Sains UTM Johor Bahru. Perjalanan bengkel ini telah dibantu oleh Qurratu’aini Aqilah Azab Bul Kalam yang bertindak sebagai moderator. Beliau juga merupakan Exco Protokol SEJATI sesi 2023/2024.

Perkongsian berdurasi 2 jam 15 minit ini telah menyentuh pelbagai topik mengenai Microsoft Excel. Dr. Noraslinda juga telah berkongsi pelbagai tips, teknik dan juga kaedah yang boleh digunakan oleh peserta semasa menggunakan perisian ini. Bagi memastikan para peserta memahami perkara yang diajarkan, para peserta telah dibekalkan dengan modul yang disediakan oleh pihak penganjur. Sesi soal jawab (Q&A) telah diadakan setelah sesi perkongsian tamat.

Screenshot
Dr. Noraslinda mengajar para peserta dengan menggunakan modul yang disediakan.

Bengkel yang berteraskan pendidikan dan pembangunan kemahiran seperti ini, wajar diteruskan kerana program sebegini dilihat dapat memberikan impak yang besar terhadap pemerkasaan kemahiran digital dalam kalangan pelajar terutamanya mahasiswa UTM.

Explore More