Disember 13, 2024

Search
Close this search box.

UTM rintis pendigitalan Sistem Pemantauan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Sekolah dengan Teknologi IR 4.0

JOHOR BAHRU, 13 Nov. – Satu majlis penutup Projek Rintis Pendigitalan Sistem Pemantauan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) Sekolah dengan Teknologi IR 4.0 telah diadakan pada 13 November 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, UTM Digital, Universiti Teknologi Malaysia.

Projek Rintis ini adalah satu usaha di mana UTM melalui pasukan penyelidik Telecommunication Software and System (TeSS) membawa sistem yang telah diguna pakai di UTM ke sekolah untuk pendigitalan pemantauan kawalan keselamatan yang mana diuji cuba di 8 buah sekolah bagi Zon JB 11.

Projek rintis ini telah berlangsung selama kurang lebih satu tahun dari bulan Ogos 2022 hingga September 2023 dengan kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPD JB), Sekolah Zon JB 11, dan Syarikat Keselamatan Karisma Cergas.

Teknologi sistem ini memiliki ciri-ciri penting yang antaranya adalah membolehkan pemantauan kawalan keselamatan dilakukan secara real-time bagi memastikan rondaan keselamatan tidak terlepas.

Usaha ini akhirnya adalah untuk membawa dapatan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendigitalkan sistem kerja PKK Sekolah.

Majlis Penutup Projek Rintis ini adalah yang pertama seumpanya dianjurkan melibatkan 8 buah sekolah dan 3 Jabatan yang terlibat anjuran bersama Centre of Community Industry Network (CCIN).

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran PM. Dr Johari Bin Surif selaku Pengarah CCIN, En Osman bin Omar selaku wakil rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Tn Haji Abd Rahman bin Ngah, Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Johor Bahru (PPD), En Sahalan Ahmad selaku wakil Syarikat Karisma Cergas.

Oleh: Prof. Madya Dr. Rozeha A. Rashid

Explore More