Disember 22, 2024

SITC UTM terima pengiktirafan menerusi inovasi teknologi sukan

SITC UTM, sebuah pusat penyelidikan yang diiktiraf oleh Institut Sukan Negara (ISN) selaku Pusat Satelit ISN Zon Selatan menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Inovasi Teknologi Sukan Kebangsaan (AITS) 2023 kategori Antarabangsa baru-baru ini atas penghasilan inovasi teknologi sukan, Fibod.

Penghasilan inovasi ini merupakan kerjasama antara SITC UTM  dengan Techcare Innovation Sdn. Bhd. yang menjadi  penterjemahan ilmu dan pengetahuan kepada produk yang boleh memberi manfaat kepada industri dan komuniti sukan.

Anugerah yang julung-julung kali diperkenalkan pada tahun 2022 memberi peluang kepada semua warganegara Malaysia yang meliputi orang perseorangan, penyelidik, jurutera, ahli akademik, agensi kerajaan, agensi swasta, institut penyelidikan, pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi dalam mencetus idea baharu yang kreatif dan inovatif ke arah pembudayaan inovasi di Malaysia khususnya dalam bidang teknologi sukan seterusnya merancakkan industri sukan tanah air.

Pengarah dan Timbalan Pengarah SITC UTM bersama Dr. Khoo Kar Xiang dan En Fauzi Ibrahim (Kesemua Alumni UTM)

Pengiktirafan oleh AITS kepada produk/hasil inovasi teknologi sukan terbaik adalah suatu bentuk galakan kepada masyarakat bagi mengembangkan minat dan potensi yang berteraskan inovasi dan kreativiti selain menghasilkan lebih banyak inovasi hasil penyelidikan yang dilaksanakan dan dikomersialkan khususnya dalam bidang teknologi sukan.

 

Pengarah SITC UTM Ts. Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip bersama Anugerah AITC 2023

Kerjasama strategik antara Sports Innovation Technology Centre (SITC) dan Techcare Sdn. Bhd. telah bermula sedekad yang lalu dengan mengambil kira kepentingan pendekatan kerjasama antara Kerajaan, Universiti, Industri dalam sesebuah projek untuk memberi manfaat kepada komuniti masyarakat.

Melaluinya, UTM sendiri yang melatih graduan UTM ke arah innovation, entrepeneurship dan global. kedua-dua Pengarah entiti ini, Ts. Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip (SITC UTM) dan Dr. Khoo Kar Xiang (Techcare Innovation Sdn. Bhd.) merupakan alumni bachelor degree dan fast track PhD Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang telah dilatih oleh UTM sejak awal bagi menginovasi penyelesaian masalah melalui aplikasi teknologi dan kejuruteraan.

Penerimaan Anugerah dari Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli

 

Kerjasama Strategik Ts. Dr. Hadafi Fitri (Pengarah SITC UTM) dan Dr. Khoo Kar Xiang (Managing Director Techcare Innovation)

 

Pasukan SITC UTM berada di Persidangan Konferens ICITS 2023 pada siang hari sebelum majlis anugerah  AITS 2023

Semoga sumbangan kecil ini, menjadi titik mula untuk melihat secara menyeluruh pendekatan sedia ada di UTM secara bersepadu. Meraikan keunikan kepelbagaian bidang seperti bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan kemanusiaan. Mengutamakan kepentingan rujukan kepakaran bidang dalam perkara berkaitan bidang demi memacu kejayaan lebih gemilang terutama inside dan offside UTM. Kerjasama antara bidang tanpa diskriminasi ada bidang yang lebih utama dan unggul.

 

Kejayaan ini diharap dapat menjadi pemangkin permulaan kepada rakyat Malaysia terhadap kepentingan aplikasi teknologi dan kejuruteraan sukan di Malaysia. Kepentingan produk buatan Malaysia melalui penyelidikan alumni UTM sendiri terhadap Latihan Keseimbangan Badan untuk Pecegahan Kecederaan, Pencegahan jatuh dan rehabilitasi sukan sedikit sebanyak dapat membantu industri sukan tanahair.

 

Fibod bersama CEO ISN Tn. Ahmad Faedzal

Explore More