Mei 3, 2024

Search
Close this search box.

Sinergi JTNCP UTM dan Tourism Malaysia Bagi Campus Geoedutourism

JOHOR BAHRU, 22 Nov. – Satu lawatan tinjau produk audit bagi pembangunan pakej Edutourism oleh pihak Tourism Malaysia Wilayah Selatan ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah diadakan di Rumah Tropika, UTM Johor Bahru.

Lawatan ini dilakukan bagi mengenal pasti serta menilai produk dan fasiliti yang terdapat di Johor bagi membangunkan Pakej Edutourism di samping mewujudkan jaringan kerjasama  antara Tourism Malaysia, Tourism Johor dengan UTM.

Delegasi ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia, Encik Mohd. Roslan Abdullah, Timbalan-Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia, Encik Sulaiman Suip dan Cik Kamilia Hani Abdul Halim, serta Pegawai Pelancongan Kanan Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia, En Suzaiman Sulaiman dan Puan Musalmah Mohamad Akil.

Manakala delegasi UTM terdiri daripada Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, YBrs. Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad, Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset, Prof. Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin Musa, Pengarah Seksyen Pengurusan Perniagaan, Encik Taha Othman, Ketua Unit Landskap dan Pembersihan, En Mohd Afizan Alang, Ketua Unit Campus ExperiencePuan Mazlyna Rosly, Penolong Pegawai Tadbir Kanan Unit Campus Experience, Puan Akmalinnisa Md Hidiah,  dan Penolong Pegawai Tadbir Kanan Scholar’s Inn, UTM Johor Bahru, En. Mohd Ismahadi Mohd Isa,.

Dalam sesi lawatan tersebut, pembentangan berkaitan projek UTM Berseri telah disampaikan oleh Prof. Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin Musa yang memfokuskan kepada sembilan (9) inisiatif UTM dalam menghasilkan suasana persekitaran pendidikan Universiti di dalam taman yang kondusif dan dipenuhi dengan tumbuhan tropika. Selain itu, wakil Tourism Malalysia Wilayah Selatan serta delegasi juga telah dibawa ke Scholar’s Inn bagi lawatan tinjau kemudahan penginapan yang disediakan oleh UTM.

Lawatan ini telah memberikan satu ruang bagi mendapatkan geran sokongan aktiviti bagi menyemarakkan dan mengaktifkan semula Edupelancongan di UTM dan diharapkan menerusi program sebegini juga akan memantapkan sinergi dalam penglibatan universiti dan industri pelancongan negara.

 

Oleh Akmalinnisa Md Hidiah, Mazlyna Rosly dan Prof. Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin Musa

Explore More