November 3, 2024

Search
Close this search box.

Projek Rumah Sejahtera bukti UTM komited bantu pelajar

BATU PAHAT , 30 Nov. – Komitmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam menjaga kebajikan komuniti dibuktikan dengan penyerahan Projek Rumah Sejahtera kepada keluarga seorang pelajarnya di Kampung Lubuk Darat, Semerah, Batu Pahat, Johor.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, disaksikan oleh pegawai kanan UTM, Pengerusi Bahagian Pemajuan, Pengarah Endowmen, Ketua Kampung Kampung Lubuk Darat, serta penduduk setempat.

Projek ini merupakan hasil inisiatif Unit Endowmen UTM yang telah mengutip sumbangan sebanyak RM19,814.00. Rumah Sejahtera ini, yang dibina untuk keluarga Ahmad Akhmal A.H Ahmad Daud, seorang pelajar Sarjana Muda dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, telah siap pada akhir Oktober 2023.

Sumbangan dan sokongan yang diberikan dalam projek ini bukan sahaja memberi manfaat dalam bentuk struktur fizikal rumah, tetapi juga membawa harapan baharu bagi masa depan keluarga adik Akhmal.

Pihak universiti dan keluarga adik Akhmal menyampaikan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menyumbang. Diharapkan agar Rumah Sejahtera ini akan memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada seluruh ahli keluarganya.

Explore More