Mei 1, 2024

Search
Close this search box.
Sabun

Penyelidik, pelajar UTM kongsi ilmu pembuatan sabun mesra alam kepada komuniti Tampoi

JOHOR BAHRU, 16 Dis. – Penyelidikan translasional untuk manfaat komuniti terus diperkasakan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Selari dengan agenda tersebut, 45 pelajar Sarjana Muda Sains Matematik dan Sains Kimia, Fakulti Sains UTM telah berkongsi ilmu dan kepakaran pembuatan sabun mesra alam menerusi Program Komuniti JB Ceria @ House of Tampoi.

Sabun
Demonstrasi pembersihan minyak masak terpakai oleh saudara Danial Hakim bin Ahmad Muhaimin.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada modul kursus UKQF 2082 (Sains dan Komuniti) Semester 1 2023/2024 di bawah bimbingan Dr. Mira Panadi.

Penganjuran program ini turut menerima sokongan padu dan jitu daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), SWM Environment, Gerakan Solidariti Kampung Pasir Tampoi dan Persatuan Jiran Wanita dan Kawasan Rukun Tetangga Rangkaian Zon Pulai.

Menerusi program ini, 40 orang peserta yang terdiri daripada komuniti sekitar telah didedahkan secara teori dan praktikal mengenai proses penghasilan sabun dengan menggunakan minyak masak terpakai.

Sabun
Amali pembuatan sabun menggunakan minyak masak oleh komunit setempat.

Usaha ini dilihat mampu mendatangkan impak positif dalam memastikan kelestarian sumber dan alam sekitar, di samping menjadi pencetus kepada komuniti sekitar untuk menceburi bidang keusahawanan sosial berasaskan produk sabun, sebagaimana yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Sabun
Kumpulan peserta program SMART-P yang terdiri daripada komuniti Kampung Pasir, Tampoi Johor Bahru dan Persatuan Jiran Wanita. Duduk tiga dari kiri ialah Yang Berbahagia Cik Hajah Nor Akmal Haji Muhammad (Ahli Majlis Zon Tampoi, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Dr. Mira Panadi (Pensyarah Kanan Fakulti Sains, UTM) dan Cik Radhiah Sutan Ibrahim (Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat, Majlis Bandaraya Johor Bahru) dan Encik Ahmad Firdaus Nordin (Pengerusi Gerakan Solidariti Kampung Pasir, Tampoi Johor Bahru).

Sinergi merentas agensi dan institusi dalam menjayakan program ini berjaya membentuk satu jalinan utuh dalam merakyatkan sains dan menginsankan teknologi terutama kepada komuniti Tampoi.

Sabun
Pelajar-pelajar kursus Sains dan Komuniti (UKQF2082) Seksyen 8 selaku jawatankuasa program bersama (barisan hadapan dari kiri) Pengerusi Gerakan Solidariti Kampung Pasir iaitu Encik Ahmad Firdaus Nordin, Pengarah Program iaitu saudara Amirul Zakwan Azman, Ahli Majlis Zon Tampoi MBJB iaitu Cik Hajah Nor Akmal Haji Muhammad, Penasihat iaitu Dr Mira Panadi, Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat dari Jabatan Pembangunan Masyarakat MBJB iaitu Cik Radiah Sutan Ibrahim.

Oleh: Dr. Mira Panadi

Explore More