Mei 4, 2024

Search
Close this search box.

Pembelajaran Servis Antarabangsa: Budaya dan Komuniti Global

JAWA TENGAH, 3 Dis. – Seramai 20 orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia dari kursus Teknologi Dron dan Perkhidmatan Fotokreatif telah berjaya melaksanakan aktiviti Pembelajaran Servis Antarabangsa / International Service Learning (ISL) di Semarang, Indonesia. Program ini adalah hasil kerjasama antara UTM melalui kelolaan Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS) dan Universitas PGRI Semarang, Indonesia selaku tuan rumah. Program yang julung kali diadakan ini adalah selama 7 hari iaitu bermula 26 November 2023 sehingga 2 Disember 2023.

Pelajar-pelajar ditempatkan di dua desa, iaitu Desa Doplang dan Desa Munding di Semarang, Indonesia dengan masing-masing seramai 10 orang setiapnya. Di sana, mereka telah melaksanakan amtiviti pemindahan ilmu pengetahuan yang dapat membantu masyarakat disana berkenaan dengan penggunaan dron dan foto secara kreatif dalam memasarkan produk setempat, tempat-tempat menarik serta aktiviti yang menarik komuniti secara lebih baik.

Selain menyampaikan pengetahuan dalam bidang masing-masing, para pelajar juga mendapat pendekatan praktikal terhadap pembangunan kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan. Mereka belajar berinteraksi dengan individu dari latar belakang budaya yang berbeza, memperkukuhkan kemampuan adaptasi dan menghargai kepelbagaian.

Disamping itu, pembelajaran servis bukanlah sekadar apa yang dipelajari, tetapi juga bagaimana pengetahuan itu diterapkan dalam kehidupan sehari-hari. Menurut Pengerusi Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS) UTM, Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Binti Mat Darus, melalui pengalaman praktikal, pelajar memperolehi pemahaman yang mendalam mengenai kemahiran insaniah, seperti empati, kerjasama, dan tanggungjawab sosial. Kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua masyarakat desa telah memberikan impak positif kepada para pelajar serta membuka minda dalam interaksi masyarakat global.

Program ini diharapkan menjadi model untuk pembelajaran servis di peringkat global, merangsang pertukaran pengalaman dan pengetahuan antara pelajar antarabangsa.Dengan adanya inisiatif ini, pembelajaran servis bukan sekadar satu tanggungjawab, tetapi juga satu pengalaman transformasi yang membentuk pelajar menjadi warganegara global yang berpengetahuan luas dan berkomitmen terhadap perubahan positif.

Explore More