April 28, 2024

Search
Close this search box.

Pameran Teknologi Penyelidikan, Inovasi dan Kolaborasi UTM-Johor Port Berhad

JOHOR BAHRU, 12 Dis. – Satu Pameran Teknologi Penyelidikan, Inovasi dan Kolaborasi UTM-Johor Port Berhad telah dianjurkan baru-baru ini sebagai suatu simbolik kerjasama erat antara kedua-dua buah institusi.

Program selama sehari  ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail. Seramai 26 delegasi daripada Johor Port Berhad yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad, Encik Md Derick Basir, dan Pengurus Kanan, serta wakil Jurutera turut hadir ke program ini.

Perasmian program oleh Naib Canselor UTM
Penyampaian cenderahati kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Johor Port Berhad

Penganjuran pogram ini melibatkan kerjasama antara Fakulti Kejuruteraan Mekanikal bersama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) serta Jabatan Perpustakaan UTM.

Melalui pameran seperti ini pelbagai hasil dan potensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dapat diketengahkan, di samping bakat dan kepakaran UTM dapat dikedepankan sekali gus menjadi platform pertemuan dan perbincangan antara Johor Port Berhad dan para penyelidik khususnya dalam bidang berkaitan pelabuhan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah 12 slot Pitching Penyelidikan, 15 Booth Pameran Penyelidikan, dan Lawatan 7 Makmal Penyelidikan. Pelbagai fakulti dan entiti penyelidikan yang telah terlibat sepanjang program ini berlangsung, antaranya Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga, Fakulti Komputeran, Fakulti Elektrikal, Fakulti Alam Bina dan Ukur, dan Fakulti Pengurusan.

Ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad, Encik Md Derick Basir.
Antara wakil delegasi dan Jurutera daripada Johor Port
Majlis perasmian Pameran Teknologi Penyelidikan, Inovasi dan Kolaborasi UTM-Johor Port Berhad.
Pasukan penggerak yang menjayakan pameran berkenaan.
Slot Research Pitching.
Lawatan ke reruai penyelidikan.
Lawatan ke Makmal Penyelidikan, Wind Turbine.

Explore More