Disember 22, 2024

Lawatan UTM ke IPB University pacu peningkatan pengkomersialan

JAWA BARAT, 30 Nov. – Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UTM (UTM ICC) telah mengadakan lawatan penanda aras bagi ekosistem pengkomersialan ke IPB University, Indonesia baru-baru ini.

Delegasi UTM yang diketuai oleh Pengarah UTM ICC, Prof. Ts. Dr. Noor Azurati Ahmad @ Salleh urut disertai oleh Timbalan Pengarah UTM ICC (KL), Pengurus Technovation Park, Pegawai Strategik, 3 orang Pegawai Kanan ICC dan Timbalan Pengarah Penerbit UTM Press.

Lawatan ini telah di sambut dengan sangat baik oleh pihak PT Bogor Life Science & Technology (BLST-Syarikat Holding IPB University), yang terdiri daripada Pengarah BLST, Dr. Ir. Naufal Mahfudz,  Ketua Lembaga Kawasan Sains dan Teknologi (LKST), Prof. Dr. Erika Budiarti Laconi  dan Pengarah PT Penerbit IPB Press, H. Erick Wahyudyono.

Selain itu, beberapa pengarah anak syarikat BLST seperti PT Fits Mandiri, PT Biomedical Technology Indonesia, PT Botani Seed Indonesia, PT BTRS Botani Bina Rahmah, PT Global Scholarship Services Indonesia dan juga PT Serambi Botani Indonesia juga turut serta bagi berkongsi amalan terbaik dalam menguruskan aktiviti penjanaan pendapatan dan pengkomersialan masing-masing.

Secara ringkas, LKST telah menjadi penyumbang terbanyak Inovasi Paling Prospektif pada tahun 2008-2020 di Indonesia di mana sebanyak 549 inovasi telah berjaya didaftarkan daripada 1274 inovasi dari perspektif versi Pusat Perniagaan Inovasi (Business Innovation Centre).

Dalam pada itu, IPB University telah berjaya mengkomersialkan 5.6% hasil paten yang telah diberikan (granted). Terkini, pihak BLST telah berjaya merangkul anugerah daripada ARTDO International bagi kategori memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana di dalam membangunkan sumber manusia.

Antara objektif utama lawatan penanda aras ini adalah memberi pendedahan kepada pihak Pengurusan ICC di dalam ekosistem pengurusan pengkomersialan, mengeksplorasi amalan jaringan industri yang dilaksanakan bagi input inovasi dan penyelidikan pasaran produk Universiti, menjadikan IPB University sebagai rujukan amalan terbaik berkaitan sistem pengurusan pengkomersilan, pengurusan Technovation Park dan inkubator dan tekno-keusahawanan dan meneroka peluang kerjasama jangka panjang dalam lain-lain bidang yang bersesuaian bagi melastarikan hubungan sedia ada.

Sesi lawatan penanda aras ini telah diisi dengan pengenalan dan pembentangan oleh pihak BLST, LKST dan setiap syarikat di bawahnya dan lawatan bagi melihat fasiliti, loji pandu, kemudahan dan pusat inkubator pengkomersialan bagi syarikat pemula yang terdapat di sekitar LKST.

Pihak IPB University mempunyai ekosistem pengkomersilan dan penjanaan pendapatan yang sangat baik.  Ekosistem yang lengkap serta barisan kepimpinan yang cemerlang telah berjaya membuka ruang penjanaan pendapatan serta keuntungan kepada pihak universiti secara konsisten. Bagi memastikan harta intelek universiti terjaga, sama seperti di UTM ICC, setiap produk inovasi yang dihasilkan harus didaftarkan di mana ia dikelolakan oleh pihak LKST. Antara perkara lain yang menarik adalah IPB University mempunyai perbankan sendiri dengan menawarkan kemudahan pembiayaan patuh syariah bagi penyelidik yang ingin memulakan perniagaan dan memerlukan modal bagi membangunkan prototaip produk. Lawatan ini diaharap dapat menghasilkan kolaborasi pada masa akan datang antara UTM ICC dan IPB University dalam peningkatan pengkomersialan inovasi universiti.

Explore More