Mei 3, 2024

Search
Close this search box.

Kuliah Kerja Nyata (KKN) Antarabangsa sumbang idea di Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Dis. – Seramai 19 orang pelajar dan 2 orang pensyarah pengiring (Fuad Indra Kusuma, S.Pd, M.Pd dan Putra Hilmi Prayitno, M.Pd.) daripada Universitas Negeri Malang (UM) telah melaksanakan program Kuliah Kerja Nyata (KKN) antarabangsa bertempat di Hulu Langat, Selangor bermula 25 November hingga 3 Disember 2023.

Antara komuniti yang terlibat dalam program ini adalah komuniti dari Kg. Jawa Bt. 18 dan Kg. Kuala Pansoon. Program ini juga merupakan salah satu usaha untuk memperkasakan kewujudan Makmal Komuniti Hulu Langat yang telah dirasmikan baru-baru ini.

Program njuran Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur adalah inisiatif bagi menyempurnakan dalam melengkapkan kerjasama antara kedua-dua buah universiti untuk memenuhi keperluan pelaksanaan program pembelajaran servis kepada komuniti.

Turut disertai oleh empat orang pelajar UTM Kuala Lumpur  yang dilantik sebagai ‘buddies‘ yang terdiri daripada pelajar Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT).

Aktiviti Eksplorasi Kampung.

Aktiviti seni kreatif.

Program KKN antarabangsa ini bertemakan “Sister Village” yang menumpukan aspek potensi pelancongan kampung (tourism potential). Antara yang diketengahkan adalah pembangunan komuniti secara digital melalui penggunaan media sosial, penjenamaan (branding) dan penghasilan kandungan video yang melibatkan aktiviti pemindahan ilmu kepada komuniti secara langsung.

Cenderamata disampaikan oleh Pengurus UGS UTM Kuala Lumpur, Prof. Madya Ts. Dr. Asnul Dahar kepada pensyarah pengiring.

Pelaksanaan Program Strategi Pemasaran Digital dan Identiti Penjenamaan bersama komuniti kampung.

Program ini diharapkan dapat memberi impak yang berkesan dan positif kepada komuniti kampung khasnya. Para pelajar juga secara langsung dapat menjalinkan hubungan baik dalam berkongsi idea, kebolehan menyelesaikan masalah dan pengalaman dalam melaksanakan program.

Explore More