Mei 21, 2024

Search
Close this search box.

JKM KTR laksana Eagle Booth Bonanza beri peluang mahasiswa jana pendapatan

JOHOR BAHRU, 15 Dis – Keusahawanan adalah proses di mana seseorang atau sekelompok individu mencipta, mengembang dan membuat sesuatu bisnis atau usaha dengan tujuan untuk menghasilkan keuntungan. Demi memupuk para warga UTM untuk menjadi seseorang yang mampu melaksankan bisnis sendiri pada usia remaja, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak telah mengadakan program Eagle Booth Bonanza bagi meningkatkan sifat keusahawanan serta menambah pengalaman warga UTM dalam aspek keusahawanan. Eagle Booth Bonanza merupakan aktiviti yang memberikan peluang kepada orang ramai terutamanya mahasiswa UTM untuk memberi peluang untuk menghasilkan pendapatan dan juga meningkatkan kebolehan diri dengan menjual barangan, makanan dan lain- lain.Eagle Booth Bonanza ini dilaksanakan pada 15 Disember 2023 di Dataran Gemilang , KO1 Kolej Tun Razak, terdapat 12 vendor yang menjual

Pelajar Kolej Tun Razak mengunjungi gerai-gerai jualan

Pada hari tersebut dan juga terdiri daripada kolej- kolej lain yang turut menjual.Terdapat pelbagai jualan seperti makanan,baju dan aksesori-aksesori dijual sepanjang program berlangsung .Program ini dikunjungi oleh warga UTM termasuk pelajar dan staff .

IMG
Suasana jualan yang berlansung pada waktu malam

Melalui Eagle Booth Bonanza ini pelajar UTM dapat menerapakan pengetahuan bisnis dalam kalangan mahasiswa untuk menjalankan perniagaan kecil dan menjana pendapatan, dapat memupuk sifat keusahawanan dalam diri mahasiswa untuk persiapan diri di dalam alam pekerjaan dan menjadi platform mudah para pelajar untuk mendapatkan bekalan makanan di sekitar UTM.

Suasana jualan yang berlansung pada waktu malam

 

Explore More