Julai 27, 2024

Search
Close this search box.

ISiiC anjur Konvensyen Antarabangsa Innovative & Sustainable Infrastructure: Affordable Housing buat pertama kali

KUALA LUMPUR, 27 Nov. – Institute for Smart Infrastructure And Innovative Construction (ISiiC) dengan kerjasama daripada pusat-pusat penyelidikan di bawah naungan ISiiC, iaitu Pusat Geokejuruteraan Tropika (GEOTROPIK), Pusat Kejuruteraan Forensik (FEC), Pusat Penyelidikan Pembinaan UTM (CRC), Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), Pusat Kajian Harta Tanah (CRES) dengan disokong oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menganjurkan konvensyen antarabangsa Innovative & Sustainable Infrastructure buat pertama kalinya dengan tema Affordable Housing. Persidangan ini telah diadakan selama dua hari bermula dari 27 hingga 28 November 2023 di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

ISIIC2023 telah disertai seramai lebih daripada 30 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Pengarah Institut, felo-felo penyelidik dan staf sokongan di Pusat-pusat Penyelidikan. Konvensyen ini diterajui bersama oleh Pengarah ISiiC, Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad dan Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) Prof. Sr Dr. Kherun Nita Ali serta mendapat sokongan Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) sebagai Penaung, Prof. Madya Dr. Suhaimi Abu Bakar,  serta Pengerusi Konvensyen, Prof. Madya Ts. Dr. Izni Syahrizal Ibrahim dan dibantu oleh para pengarah dari Pusat Penyelidikan sebagai Pengerusi Umum.

Perasmian konvensyen oleh Prof. Dr. Edy Tonnizam yang juga Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).

Objektif persidangan ini adalah untuk memberi pendedahan, berkongsi ilmu, mendapatkan dapatan daripada pakar-pakar jemputan serta pembentang-pembentang kertas kerja berkenaan dengan affordable housing serta dalam masa yang sama untuk membentuk hubungan kolaborasi antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM), agensi, industri dan institusi yang berkepentingan mengikut kesesuaian bidang kepakaran.

Persidangan ini telah dihadiri hampir 150 orang peserta secara keseluruhannya daripada pelbagai agensi, industri, institusi dan komuniti. Persidangan selama dua hari ini telah dibahagikan kepada beberapa sesi iaitu sesi Pengucaptama yang melibatkan empat orang jemputan yang pakar di dalam bidang affordable housing, sesi forum bersama panel jemputan serta sesi pembentangan kertas kerja oleh para-para penyelidik. Pengucaptama konvensyen ISIIC2023 terdiri daripada YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Prof Madya Ts. Dr. Abdul Rahman bin Mohd. Sam, Pengarah CRC UTM, Ar. Ahmad Farik bin Abd Ghaffar, Pengerusi Pertubuhan Akitek Malaysia Cawangan Selatan dan Professor Mark P. Mobach, Universiti Hanze Netherlands. Ahli panel forum pula adalah terdiri daripada Mdm. Ch’ng Gaik Bee @ Hjh Dalilah Bee Abdullah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),  Ir. Ts. Zuraihi bin Abdul Ghani, CIDB IBS Sdn. Bhd., Sr. Dr. Suraya binti Ismail, Khazanah Research Institute, En. Sufian bin Abdullah, Real Estate Housing Developers’ Association (REHDA) Malaysia dan Prof. Sr. Dr. Hishamuddin bin Mohd Ali, UTM.

Kata-kata aluan oleh Pengerusi Program; Prof. Madya Ts. Dr. Izni Syahrizal Ibrahim.

Sesi pembentangan kertas kerja dibahagikan kepada 3 sesi selari yang melibatkan hampir 75 orang pembentang kertas kerja. Daripada pembentangan ini, seramai 9 orang pembentang telah menerima sijil pembentangan terbaik manakala 7 orang pembentang menerima sijil kertas kerja terbaik secara keseluruhannya. Pengucaptama dan panel forum jemputan menerima cenderahati berbentuk plak kayu daripada pihak ISiiC sebagai tanda penghargaan.

Konvensyen ini akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang kerana ia merupakan antara platform terbaik dalam penyelesaian kepada perumahan rakyat yang selari dengan konsep Malaysia Madani di bawah teras Kesejahteraan, Daya Cipta dan Kemampanan. Di samping itu, konvensyen ISIIC2023 juga merupakan tempat di mana data-data dan penemuan penyelidikan terkini dibincangkan secara ilmiah serta dalam masa yang sama ianya membantu membentuk hubungan kolaborasi antara institusi, agensi dan juga komuniti setempat.

 

 

Bacaan doa oleh Prof Madya Ir. Dr. Mohd Azreen Mohd Ariffin.
Pembentangan oleh Pengucaptama Konvensyen ISIIC2023 oleh wakil Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia; Ir. Noreha Nordin.
Pembentangan oleh Pengucaptama Kedua oleh Prof Madya Ts. Dr. Abdul Rahman Mohd.Sam, Pengarah CRC, UTM.
Pengerusi Pertubuhan Akitek Malaysia Cawangan Selatan, Ar. Ahmad Farik Abd Ghaffar antara pengucaptama pada konvensyen berkenaan.
Konvesyen ini turut disertai oleh pembentang dari universiti luar negara, Profesor Mark P. Mobach, Universiti Hanze Netherlands.
Antara peserta yang hadir sewaktu perasmian konvensyen.
Pembentangan oleh panel forum jemputan oleh YBhg. Datuk Sr. Hj. Kamarulzaman Bin Mat Salleh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Ir. Ts. Zuraihi Bin Abdul Ghani, CIDB IBS Sdn. Bhd., Sr Dr. Suraya binti Ismail, Khazanah Research Institute, En Sufian bin Abdullah, Real Estate Housing Developers’ Association (REHDA) Malaysia dan Prof. Sr Dr. Hishamuddin bin Mohd Ali, Universiti Teknologi Malaysia.
.
Sesi pembentangan kertas kerja.
Sesi pembentangan kertas kerja.
Penyerahan cenderahati kepada Pengucaptama.
Penyerahan sijil pembentang kertas kerja terbaik.
Penyerahan sijil penulisan kertas kerja terbaik.
Pameran dan jualan buku dari pasukan ISiiC.
Pameran dari Geotropik.
Pameran dari Jabatan Kerja Raya (JKR).
Barisan ahli jawatankuasa program yang terdiri daripada felo penyelidik dan staf pengurusan dan pelaksana dari Institute For Smart Infrastucture And Innovative Construction (ISiiC).

Explore More