Disember 4, 2024

Search
Close this search box.
DSC ()

Inovasi penternakan kelulut dengan teknologi simenfero: langkah ke arah pertanian yang lestari dan produktif

KOTA TINGGI , 9 Dis. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memperkenalkan inovasi dalam penternakan kelulut dengan menggunakan teknologi simenfero, yang dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) di bawah kepimpinan Ts. Dr. Nor Hasanah Abdul Shukor Lim, Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Felo Penyelidik di UTM Construction Research Centre (UTM CRC). Projek ini bertujuan untuk membina log sarang kelulut simenfero yang tahan lama dan kukuh serta mempercepat pengeluaran madu kelulut dan produk hilirannya dengan teknologi yang lestari.

Industri penternakan lebah kelulut telah menjadi tarikan utama dalam komuniti sebagai sumber pendapatan yang berpotensi. Namun, perkembangan industri ini terhalang oleh masalah seperti penebangan pokok untuk mendapatkan sarang kelulut yang tidak terkawal, serta ancaman dari serangga, anai-anai, monyet, dan pencurian, yang menjadikannya tidak mampan dan berisiko tinggi.

Log Kelulut Simenfero
Log Kelulut Simenfero
DSCF
Penduduk kampung membancuh simen
DSCF
Proses melepa simen pada log kelulut
DSCF
Proses melepa simen pada log kelulut

Penggunaan teknologi simenfero diharapkan dapat meningkatkan kelestarian industri kelulut. Sarang kelulut yang dibina dengan teknologi ini menggunakan bahan binaan moden yang mesra alam dan tahan terhadap cuaca ekstrem. Ini diharapkan dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan penternak kelulut di Malaysia, disamping menjaga ekosistem hutan.

Penerapan teknologi ini juga diharapkan dapat memperluaskan pasaran produk hiliran kelulut, seperti propolis dan lilin lebah, dengan memperkenalkan teknologi pemprosesan dan pemasaran yang efektif. Justeru, persaingan dalam industri ini akan meningkat seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat.

DSCF
Sekitar Bengkel Produk Hiliran & Pemasaran
DSCF
Sekitar Bengkel Produk Hiliran & Pemasaran
WhatsApp Image at
Sabun hasil tangan penduduk kampung

Melalui gabungan penemuan baru dalam teknologi bahan dari Fakulti Kejuruteraan Awam UTM, proses pembinaan sarang, pemindahan, dan pembiakan koloni kelulut diharapkan menjadi lebih mudah, murah, dan lestari. Ini diharapkan dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat, terutama golongan B40 dan mereka yang terkesan oleh pandemik COVID-19.

Satu Majlis Perasmian dan Bengkel Inovasi Ternakan Kelulut Lestari menggunakan Teknologi Simenfero telah diadakan pada 9 Disember 2023 yang lalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Yosri Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor. Majlis tersebut merupakan mercu tanda penting dalam usaha ke arah pertanian yang lebih mampan dan produktif.

Banner perasmian
Banner perasmian
DSC
Gimik perasmian
DSC
Sekitar Majlis Perasmian

Projek khidmat masyarakat ini turut melibatkan penyertaan seramai 100 orang komuniti dari Kampung Temenin, Kota Tinggi, Johor, sebagai penerima manfaat log kelulut. Usaha khidmat masyarakat ini juga melibatkan kolaborasi dari berbagai pihak, termasuk pensyarah, staf, dan pelajar UTM terutamanya dari Fakulti Kejuruteraan Awam UTM Johor Bahru.

Inisiatif ini mencerminkan semangat tanggungjawab sosial UTM sebagai institusi pendidikan tinggi yang tidak hanya terpaku pada dunia akademik, tetapi juga memberikan sumbangan yang nyata kepada masyarakat. Melalui kerjasama yang berterusan antara UTM dan penduduk kampung, diharapkan dapat terus berkembangnya projek-projek khidmat masyarakat yang bermanfaat bagi semua pihak.

DSC
Sekitar Bengkel Simenfero
DSC
Sekitar Bengkel Simenfero
DSC
Turut hadir sama Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba
DSC
Sekitar Bengkel Simenfero

Penduduk kampung juga turut aktif dalam proses ini, dengan menggembleng tenaga bersama-sama dengan warga UTM. Melalui kerjasama ini, diharapkan dapat tercipta satu model pembangunan komuniti yang berkesan dan lestari, di mana penduduk setempat dapat mengambil peranan aktif dalam meningkatkan taraf hidup mereka sendiri.

DSCF
Antara lokasi log kelulut ditempatkan

 

Explore More