Disember 5, 2024

Search
Close this search box.

Urban Farming Awareness Day Bandar Universiti Pagoh tingkat kesedaran manfaat Pertanian Bandar

Pagoh, 17 Nov. – Sime Darby Property berkolaborasi bersama Pusat Inovasi Agriteknologi dan Biopemprosesan Termaju (ICA), Universiti Teknologui Malaysia(UTM) cawangan Pagoh, telah menganjurkan “Urban Farming Awareness Day” dii Bandar Universiti Pagoh Sales Gallery bagi meningkatkan penglibatan komuniti dalam pertanian bandar.

Ketua Perbandaran Bandar Universiti Pagoh, En. Murad Syaifu, dalam ucapannya menyatakan harapan agar program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pertanian bandar dan menginspirasi individu untuk mengamalkan makanan berkhasiat melalui pertanian sendiri.

Menurutnya lagi, penekanan terhadap manfaat pertanian bandar, terutama dalam memastikan sumber makanan yang sihat dan segar, serta kontribusinya terhadap pembentukan generasi yang sihat perlu diberi perhatian. Beliau menzahirkan perhargaan kepada ICA-UTM atas kerjasama strategik dengan Sime Darby Property Pagoh, serta mengakui peranan Majlis Perbandaran Muar sebagai agensi strategik dalam program pertanian bandar.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan Majlis Perbandaran Muar memiliki dana khusus untuk mendukung pertanian bandar dalam komuniti, menyebut ini sebagai peluang bagi penduduk setempat untuk mengembangkan konsep ini lebih jauh.

Bersempena program ini, satu sesi pemindahan ilmu kepada penduduk yang terlibat berkaitan kaedah tanaman hidroponik, telah disampaikan oleh En Mohd Farid Ismail, pegawai penyelidik dari ICA UTM Pagoh dan disusuli dengan perkongsian pengalaman dalam mengelola projek hidroponik bersama komuniti turut diberikan oleh PM Ir Ts Dr Dalila Mat Said, Penyelidik Bersekutu di ICA UTM Pagoh.

Para peserta diliha menunjukkan minat mereka terhadap sistem pertanian bandar yang menggunakan kaedah hidroponik ini.
Satu sesi demonstrasi dan praktikal kaedah tanaman oleh Pn Suhir Sulaiman dan Cik Norfakhrina Mohd Noor. Mereka membimbing peserta dalam pembuatan campuran baja dan penerapan kaedah hidroponik.

Program ini dihadiri oleh penduduk setempat dan wakil dari Majlis Perbandaran Muar, serta menampilkan serangkaian aktiviti yang meliputi pengenalan kepada pertanian bandar, hidroponik, serta sesi perkongsian pengalaman dan demonstrasi praktikal.

 

Sesi demostrasi hidroponik kit bersama peserta program
Bersama En Murad Bin. Syaifu Ketua Perbandaran Bandar Universiti Pagoh Sime Darby Property dan wakil dari Majlis Perbandaran Muar
Sesi pekongsian pengalaman dalam mengelola projek hidroponik bersama komuniti oleh PM Ir Ts Dr Dalila Mat Said.
Sesi penerangan kit hidroponik kepada peserta.

 

Oleh PM Ir Ts Dr Dalila Mat Said, Mohd Farid Ismail, Suhir Sulaiman dan Norfakhrina Mohd Noor

Explore More