Mei 5, 2024

Search
Close this search box.

STEMR2 ’23: Memperkasa pendidikan STEM dan kelestarian alam di sekolah

JOHOR BAHRU, 23 Nov. – Satu program kolaborasi antara SMK Taman Mutiara Rini 2 (MR2) dengan guru praktikal Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), STEMR2 ’23, telah berlangsung dengan jayanya.

Nama STEMR2 sendiri mencerminkan fokus program ini, dengan STEM merujuk kepada Science, Technology, Engineering & Mathematics, dan MR2 merupakan singkatan kepada Mutiara Rini 2. Gabungan ini membentuk STEMR2, yang sejajar dengan slogan sekolah, “Make It, Realise It, 2 Success.”

Gambaran pelajar sedang bertungkus-lumus mencampurkan bahan di dalam tanah.
Penglibatan pengarah (kanan) bersama fasilitator dari Kolej Tun Hussein Onn.

Di bawah naungan inisiatif Rancangan Operasi Sekolah (ROS), kumpulan guru praktikal yang diketuai oleh Siti Nur Fatin Hakimah telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran dan pendedahan awal kepada par pelajar.

Program yang mendapat sokongan daripada pihak pengurusan sekolah yang diterajui oleh Pengetua SMK TMR2, Pn. Norzila Md. Hamzah, serta guru lain seperti Pn. Putri Noorashikin dan Pn. Nor Hilyani, telah dapat meningkatkan prasarana institusi ini, di samping penglibatan para pelajarnya.

Guru Praktikal dan Pn Putri bersama Prof Madya Dr Norahim Ibrahim.
Planter box yang dibina hasil kerja keras guru praktikal lelaki.

Bermatlamat untuk menarik minat murid sekolah menengah terhadap bidang sains yang semakin kurang mendapat perhatian, program ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Inovasi Bilik Teknologi Hijau, perkongsian teori dan praktikal mengenai pertanian lestari, kursus penternakan arnab, dan sesi kuiz mengenai STEM menjadi antara tebtatif utama program.

Sesi perkongsian teori penternakan arnab dan penanaman organik yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Norahim Ibrahim
Salah sebuah tong berisi bahan kompos.
Fasa awal penternakan arnab.
Lima ekor arnab pedaging yang diternak terdiri daripada baka New Zealand White (putih) dan American Chinchilla (kelabu).
Salah seekor arnab bersama anaknya.

Tujuan utama STEMR2 adalah memperkasa pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi STEM untuk menyokong pendidikan abad ke-21. Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran insaniah peserta, memperkenalkan murid kepada bidang-bidang seperti ilmu kelestarian dan teknologi hijau, serta menyokong matlamat GUCI (Government, University, Community & Industry) dalam membangunkan impak program yang bermanfaat.

Dalam satu acara istimewa di SMK Taman Mutiara Rini 2 (MR2), Prof Madya Dr Johari telah menyampaikan sesi ‘I Love STEM,’ membuka mata pelajar kepada kepentingan ilmu sains dalam kehidupan seharian. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman, Prof Madya Dr Johari menjelaskan konsep-konsep sains dengan cara yang menarik dan mudah difahami. Beliau menekankan bagaimana ilmu sains memainkan peranan utama dalam membentuk teknologi, penyelidikan, dan kefahaman dunia.

Sesi ‘I Love STEM’ yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Johari Surif

Pertandingan Inovasi: Bilik Teknologi Hijau, yang merupakan sebahagian daripada program STEMR2, telah menyaksikan pelajar MR2 bersaing dengan kreativiti mereka dalam mencipta solusi berinovasi bagi isu-isu teknologi hijau. Perasmian STEMR2 ’23 pada 11 Jun telah dirasmikan oleh Pn Azalina Raya, Pegawai SISC+ Sains dan Matematik Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, dan prapertandingan inovasi telah dijalankan pada hari yang sama manakala pertandingan akhir pada 14 Jun 2023.

Gambar bersama Pegawai SISC+ Sains dan Matematik PPD JB, pengetua dan pentadbir sekolah.
Gimik perasmian oleh pelajar lelaki.
Hasil inovasi yang dibentangkan di hadapan para guru.
Salah sebuah inovasi yang dihasilkan oleh pelajar menggunakan Arduino.
Penilaian yang diberikan oleh Dr Farizal semasa pertandingan akhir inovasi.

Sesi perkongsian dan praktikal tentang penanaman organik turut diselitkan dalam program ini. Pelajar telah mempelajari cara pembuatan kompos menggunakan ‘Bokashi powder’ dan bahan-bahan lain seperti baja tahi ayam, kapur tanaman, dan rock phosphate. Diharapkan agar perkongsian ini akan memberi manfaat kepada pelajar untuk memiliki pengetahuan yang lebih mendalam tentang penanaman organik.

Bergambar selepas berjaya menjalankan praktikal penanaman
Beberapa jenis bahan yang diperlukan

Antara hasil yang telah dituai dan dijual hasil penanaman.

Projek Penternakan Arnab Pedaging dan Projek Penanaman Organik di sekolah ini bukan sahaja memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai hidupan haiwan mamalia, budaya rendah karbon, ilmu keusahawanan tetapi juga melahirkan produk berguna seperti Baja Tinja Arnab Organik dan memberikan kontribusi positif kepada kelestarian alam.

Oleh: Siti Nur Fatin Hakimah Ibnuzaman & Prof. Madya Dr. Norahim Ibrahim

Explore More