Mei 4, 2024

Search
Close this search box.

Pengorbanan menjaga anak sakit jantung sumber kekuatan Tamanna habiskan pengajian

JOHOR BAHRU, 22 Nov. – Ketika seseorang memutuskan untuk mengejar pendidikan tinggi, seringkali cabaran dan rintangan yang akan dihadapi. Untuk memenuhi keinginan seorang ibu untuk melihat anaknya menjadi jurutera robotik, seorang graduan Ijazah Sarjana  di Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM Kuala Lumpur, Tamanna E-Kaonain mendaftar dalam program sarjana pada tahun 2014, penuh dengan harapan dan impian. 

Tidak lama selepas pengambilannya, beliau menerima satu lagi berita baik – hamil dengan anak pertama. Walau bagaimanapun, hati yang gembira bertukar duka kerana komplikasi kehamilan yang mulanya menghalang pengajian. 

Beliau memasuki dunia pengajian dengan semangat tinggi dan impian besar. Namun, hidupnya berubah secara drastik tatkala anak tunggal beliau, didiagnosis menderita penyakit jantung.

Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan, Tamanna kekal gigih dan akhirnya berjaya bergraduasi dalam MK67 kali ini.

“ Anak saya dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital, dengan keadaan lubang di dalam hatinya yang kecil. Saya mendapati diri saya dalam pertempuran antara hidup dan mati untuk menyelamatkan anak saya.

Tamanna harus menerima kenyataan pahit ini dan mengambil keputusan untuk meninggalkan impiannya menjadi seorang jurutera demi menjaga anaknya.

Saya terpaksa menghabiskan lebih daripada sebulan di hospital. Suami saya dan saya berjuang untuk menguruskan keperluan keluarga kami, kos pendidikan saya, dan kos perubatan anak saya. Tertekan dan tidak berdaya, saya tidak mempunyai pilihan selain untuk kembali ke Bangladesh.

Meskipun berhadapan dengan kesulitan yang tidak dapat terungkap, Tamanna berhasil mengatasi hambatan tersebut dengan kekuatan, tekad, dan semangat yang luar biasa.

“Pada tahun 2019, saya memutuskan untuk mengejar Ijazah Sarjana Falsafah di Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), dan meneruskan pengajian saya. 

“Ayah saya dan abang saya memberikan sokongan kewangan yang sangat diperlukan, manakala ibu dan adik saya menawarkan sokongan emosi yang penting, menggalakkan saya untuk bersabar. 

“Bertekad untuk menjadi percaya diri dan memenuhi keinginan ibu saya, saya bekerja tanpa lelah. Tetapi kehidupan mempunyai satu lagi ujian yang menimpa kami.

Pada tahun 2020, ketika seluruh dunia bergelut dengan kesan buruk COVID-19, sekali lagi hatinya bagai kaca retak seribu kerana ibunya didiagnosis dengan sirosis hati. 

Pada tahun 2021, beliau terpaksa membuat keputusan yang berat untuk menunda satu semester daripada pengajiannya kerana kehilangan ibu yang dicintai. 

Tetapi kata-kata ibunya yang menjadi penguat untuk terus berjuang demi segulung ijazah impian ibunya. Tamanna  akhirnya, berjaya melengkapkan Ijazah Sarjana Falsafah dengan sokongan keluarga dan penyelia saya yang tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

“Saya berharap dapat melengkapkan pengajian saya lebih awal dan dapat melihat ibu saya menghadiri melihat hari kejayaan saya menerima segulung Ijazah Sarjana.

“Segar dalam ingatan bait-bait kata yang diungkapkan oleh ibu saya untuk enggan kehilangan harapan dan teruskan impian keluarga kerana kejayaan tidak akan mengkhianati usaha.

Perjalanan yang jauh dan perjuangan yang hampir sedekad ini cukup luar biasa dalam kamus hidup beliau kerana dapat memenuhi kehendak keluarga terutama ibunya. 

Explore More