Mei 12, 2024

Search
Close this search box.

Konflik Gaza: 44 orang ahli keluarga graduan PhD Palestin syahid   

JOHOR BAHRU, 18 Nov. – Majlis konvokesyen sepatutnya menjadi satu hari yang kita sama-sama raikan. Namun, hari yang sepatutnya menceriakan menjadi hari yang menghibakan buat seorang graduan  Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Dr. Jehad M. A. Shehab, yang berasal dari Palestin kerana kehilangan beberapa ahli keluarga tercinta disebabkan konflik geopolitik di bumi Gaza.

Harapan untuk pulang memberikan manfaat dan menabur bakti di kampung halaman musnah selepas konflik tersebut kembali membadai selepas beberapa dekad termaktub sebagai sejarah yang rumit. 

Walaupun terkesan dengan kehilangan, Dr. Jehad M. A. Shehab terus menunjukkan ketabahan dan kecekalan yang luar biasa sepanjang perjalanan akademiknya di samping keluarga yang terus kuat menjadi tulang belakang iaitu suami, Dr. Abdalrahim Shehab bersama lima orang cahaya mata yang tinggal menjadi harta dunia baginya. Keperibadian beliau yang teguh dan semangat tidak tergoyahkan mengilhami kita semua.

Dr. Jehad M. A. Shehab terus menunjukkan ketabahan dan kecekalan yang luar biasa sepanjang perjalanan akademiknya.

Sejarah Jalur Gaza yang disebut sebagai ‘penjara terbuka paling besar di dunia’ menjadi asbab beliau untuk menceburi bidang politik. Situasi ini menjadi pencetus kepada beliau untuk melengkapkan pengajian pascasiswazahnya, seterusnya memberikan beliau peluang untuk lebih mendalami penulisan dan peradaban Arab. Cukup menggambarkan mengapa UTM dipilih sebagai institusi pengajian pilihan.

“Setiap kali kita menghadapi konflik politik seperti yang berlaku sekarang, kerajaan Malaysia berdiri bersama kami dan menyokong kami dengan menganjurkan beberapa aktiviti solidariti manusia, memberi bekalan perubatan dan makanan untuk dibawa ke Gaza.” tambah beliau.

Dr. Jehad M. A. Shehab bersama suaminya, Dr. Abdalrahim Shehab dalam sesi temubual bersama media.

Apabila menceritakan nasib keluarga tercinta yang sedang berada di Palestin, Dr. Jehad M. A. Shehab berkata kali terakhir dia dapat berhubung dengan adik iparnya yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Al-Azhar adalah beberapa hari yang lepas menerusi platform aplikasi whatsapp kerana terputus rangkaian.

Jelas beliau, serangan tidak berkesudahan daripada rejim Zionis menyebabkan situasi di Gaza kelihatan sangat buruk sehingga tiada tempat untuk penduduk menjadikan tempat tinggal.

“ Bermula Oktober Israel mula menyerang Gaza. Gaza di bawah serangan dan terbakar. Kira-kira 14,000 terbunuh dan lebih daripada 30,000 cedera dan merobohkan lebih daripada 40% rumah di Gaza. Hospital bahawa mereka kekurangan bekalan ubat-ubatan dan keadaan di sana sengsara dan bahkan tidak mempunyai makanan.”

“Mereka telah menderita sejak awal perang. Dan saat yang paling sukar apabila mereka mengebom rumah bapa saudara saya. Dan mereka perlu berdiam diri dan kekal menetap di rumah mereka. 

“Pada masa kini, seperti yang saya katakan bahawa sempadan ditutup supaya mereka tidak membenarkan bantuan masuk. Tanpa bahan api, tiada elektrik, tiada bekal minuman bersih sejak 42 hari. Elektrik sangat penting untuk mengendalikan hospital. 

“Oleh itu, kebanyakan hospital sekarang tidak berfungsi. Apabila seseorang tercedera akibat bedilan rejim Zionis mereka hanya terus kekal bertahan dan berharap mereka dipanjangkan usia dan tidak boleh pergi ke hospital kerana keadaannya sangat sengsara.

“ Mereka tidak mempunyai apa-apa makanan walaupun nasi dan roti sebagai makanan ruji mereka akan tetapi impak daripada penutupan sempadan mereka hanya makan walaupun kentang dan lentil untuk keberlangsungan hidup. 

“Mereka tidak mempunyai gas memasak jadi mereka mengumpul kayu hanya untuk bertahan kerana mereka tidak tahu berapa lama lagi mereka akan berada dalam perang yang tiada penghujung ini.

“Jadi keadaan ini kadang-kadang mereka memerlukan bekalan perubatan kerana kedua-dua ibu bapa saya dan ibu bapa mertua saya mempunyai penyakit kronik. Selain bayi pramatang sesetengah pesakit dengan kegagalan buah pinggang turut terkesan kerana ketiadaan elektrik yang berpanjangan. Tanpa menyerang tempat tinggal sebenarnya mereka menghitung jangka hayat mereka kerana tiada sebarang bantuan sampai. 

“Alhamdulillah, mereka baik-baik saja kerana dua hari kita tidak dapat memanggil mereka kerana telekomunikasi terputus dan kita tidak tahu apa-apa di Gaza dan kita bimbang jadi saya hanya menghantar emel meminta maaf yang saya tidak dapat menyertai hari konvokesyen kerana saya tidak tahu apa-apa tentang keluarga. 

“Kehilangan ahli keluarga seramai 44 orang yang sangat dirasai terdiri daripada kedua-dua belah keluarga termasuk saudara-mara saya bersama bayi berumur 2 bulan.

“Tetapi, saya akui perasaan gembira bercampur sedih mengenangkan nasib keluarga di Gaza dan saya mengharapkan mereka diberi perlindungan Allah dan semoga ada sinarnya untuk saya pulang semula ke negara kelahiran saya,” ujarnya.

Pengakhiran pengajian yang menjadi sebuah kisah yang bakal terbuku di hati beliau menjadi kenangan  yang tidak bisa diungkapkan dengan kata-kata.  Penyelia Utama beliau, Prof. Madya Dr. Nurazmallail bin Marni  juga banyak membantu, walaupun beliau mempunyai kekangan untuk berkomunikasi dalam semua bahasa kecuali Bahasa Arab. 

Dr. Nurazmallail menjadi tulang belakang dalam memberikan input yang jelas mengenai kajian sepanjang pengajian. Kepakaran beliau menjadikan topik kajian yang dipilih olehnya mampu memberi manfaat kepada wanita di peringkat global terutama dengan keterlibatan mereka dalam kancah politik tempatan dan antarabangsa.

Explore More