April 28, 2024

Search
Close this search box.

JEONJU, 30 Okt. – Jabatan Kejuruteraan Bahan, Pembuatan dan Industri (JKBPI), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan 2023 UTM-JBNU Symposium on Industrial, Materials and Manufacturing bertempat di Donghang Hall, Jeonbuk National University (JBNU), Jeonju Korea Selatan.

Simposium ini menjadi platform FKM UTM menjalinkan kerjasama strategik bidang kejuruteraan bahan, pembuatan dan industri dengan JBNU terutama dalam aspek penyelidikan dan penerbitan bersama.

Sebanyak 12 pembentangan penyelidikan telah dibuat oleh pensyarah atau penyelidik UTM dan JBNU. UTM diwakili Prof. Madya. Ts. Dr. Azanizawati Ma’aram, Prof. Madya Dr Norizah Hj Redzuan, Ir. Ts. Dr. Mohd. Azlan Suhaimi, Ir. Ts. Dr. Nor Hasrul Akhmal Ngadiman, Dr Mohd. Faridh Ahmad Zaharudin, Ts. Khidzir Zakaria dan Dr. Najlaa Nazihah Mas’oud.

“Kerjasama strategik ini merupakan antara strategi FKM UTM dalam memperhebat dan memperkasa agenda kesohoran global, seterusnya mengangkat reputasi UTM di pentas pendidikan dan penyelidikan antarabangsa,” ulas Prof. Madya. Ts. Dr. Azanizawati Ma’aram selaku Pengarah JKBPI merangkap Pengarah Program.

Pengarah JKBPI, Prof. Madya. Ts. Dr. Azanizawati Ma’aram bertukar-tukar cenderamata dengan Dekan Kolej Kejuruteraan Jeonbuk National University, Prof. Dr. Changwoon Nah.

“JBNU sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan UTM memandangkan kita sudah menjalinkan hubungan yang amat baik dan rapat sebelum ini,” demikian menurut Dekan Kolej Kejuruteraan Jeonbuk National University, Prof. Dr. Changwoon Nah dalam ucapan pembukaan.

Penganjuran simposium ini dilihat mampu meningkatkan kualiti penyelidikan dan penerbitan sekaligus meningkatkan reputasi penyelidik-penyelidik UTM khususnya dari FKM di peringkat global.

Antara delegasi penyelidik FKM UTM dan JBNU yang hadir dalam simposium ini.

Sementara itu, UTM akan menjadi tuan rumah 2024 UTM-JBNU Symposium on Industrial, Materials and Manufacturing dengan penyertaan yang lebih menyeluruh di peringkat serantau terutama dari universiti-universiti Indonesia.

 

 

Explore More