Mei 9, 2024

Search
Close this search box.

Black Marlin terajui sukan rowing universiti

Pasukan Rowing Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dikenali sebagai Black Marlin, terdiri daripada 30 orang atlet lelaki dan wanita dari kalangan mahasiswa universiti ini merupakan antara peneraju dalam sukan rowing universiti. Pasukan ini telah pun menyertai pelbagai kejohanan di peringkat universiti, kebangsaan malah pernah mewakili Malaysia dalam kejohanan di luar negara.

Pasukan ini diselia oleh Pusat Kecemerlangan Sukan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) bertanggungjawab menyelia dan membangunkan Pasukan Rowing UTM dari segi bantuan peralatan, kebajikan, penyertaan kejohanan dan latihan kecergasan menerusi Program Cabaran 100 Hari Berat Ideal Gagah Perkasa (Atlet UTM). Dari aspek kejurulatihan, pasukan ini mendapat bimbingan Jurulatih daripada Persatuan Mendayung Putrajaya (RPJ) dalam aspek peningkatan teknik kemahiran mendayung secara individu dan berpasukan.

Menariknya, pasukan ini menjalani latihan Venue latihan  di Kelab Tasek, Presint 8, Putrajayan mengikut kesesuaian jadual perancangan latihan  bagi mempersiapkan pasukan menyertai kejohanan rowing yang akan disertai.

Pada tahun 2023 Pasukan Rowing UTM telah mendapat penajaan peralatan kesihatan mampu meningkatkan stamina atlet.daripada Syarikat Revolution Energy Wave lantaran prestasi yang memberangsangkan yang dipamerkan menerusi pelbagai kejohanan dan telah mencapai kejayaan.

Kecemerlangan pasukan ini di peringkat antarabangsa tidak dapat dinafikan lagi apabila pernah meraih tempat kedua dalam kejohanan Asean-China Student Rowing Competition 2023 bertempat di Tianjin, China pada 19-24 Julai 2023. Penyertaan dari UTM melibatkan 13 orang atlet, seorang koordinator permainan, Encik Shahril Annuar Bahrom dari Pusat Kecemerlangan Sukan, seorang pengurus dari kalangan pelajar, iaitu Encik Raja Harith Danial bin Raja Khalid dan tiga orang jurulatih yang diketuai oleh Encik Nazrin Zainal dari Putrajaya.

Selain Raja Harith Danial Raja Khalid, yang merupakan pengurus dan juga atlet pasukan ini, Muhamad Amin Sabar, Muhammad Danish Daniel bin Najee Muddin, Pravin Raj A/L Kathiresan, Muhammad Asharaff bin Hamdan, Muhammad Radin Zaki bin Zailani dan Sree Raam A/L Subra@Subramaniam dari Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT); Ahmad Hazim Ahmad Rizal Putra dan Putra Muzaffar Akmal Mohd Khairi dari Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) menjadi barisan atlet lelaki dalam Black Marlin. Manakala atlet perempuan pula terdiri daripada Nur Aqilah Nordin dan Aisyah Maisarah Yusri dari MJIIT; Izzah SyuhadaMahadi dan Intan Maisarah Muhammad dari SPACE.

Antara kejohanan lain di peringkat antarabangsa adalah kejohanan The Harbin Asia Pacific Masters Regatta bertempat di Harbin, China pada 12-13 Ogos 2023 yang melibatkan seorang pengurus dan empat orang atlet. Pasukan UTM mewakili Malaysia bersama pasukan Universiti Pendidikan Indonesia (UPI) mewakili Indonesia telah memenangi acara rowing bagi kategori Mixed M8+.

Atlet yang menyertai kejohanan ini ialah Putra Muzaffar Akmal Mohd Khairi dari SPACE; Syed Ahmad Hassan Syed Hisham, Muhammad Asharaff Bin Hamdan dan Pravin Raj A/L Kathiresan (MJIIT).

Kejohanan The Harbin Asia Pasific Masters Regatta bertempat di Harbin, China, 12-13 Ogos 2023.

Sementara itu, dalam kejohanan sukan Varsity Boat Race 2023 bertempat di Kompleks Sukan Air,  Presint 6, Putrajaya pada 3 hingga 8 Oktober 2023, pasukan rowing UTM telah dinobatkan sebagai johan Keseluruhan Kategori IPT Tempatan Lelaki dan Wanita di peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).

Kejohanan ini telah disertai oleh seorang koordinator permainan, seorang pengurus, tiga orang jurulatih dan 20 atlet. Pasukan lain yang turut menyertai ialah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, (UTHM), dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Pasukan rowing lelaki UTM bagi kejohanan ini terdiri daripada Raja Harith Danial Raja Khalid, Muhamad Amin Sabar, Muhammad Danish Daniel Najee Muddin, Muhammad Radin Zaki Zailani, Sree Raam Al Subra/Subramaniam, Muhammad Hadi Syafiq Rozaiman, Muhammad Asraff  Hamdan dan Pravin Raj A/L Kathiresan (MJIIT); Ahmad Hazim Ahmad Rizal Putra dan Putra Muzaffar Akmal bin Mohd Khairi (SPACE); Muhammad Zikri Hakim Norizan dari Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dan Muhammad Hariz Bin Abu Bakar dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK). Manakala atlet perempuan pula ialah Nur Aqilah binti Nordin, Aisyah Maisarah binti Yusri, Najwa binti Azzahari, Wan Nur Atiqah binti Mior Hamdan, Amirah Illyana binti Harun (MJIIT); Izzah Syuhadah binti Mahadi, Intan Maisarah binti Muhammad dan Nadia Umairah binti Amnar (SPACE).

Kejohanan Varsity Boat Race bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya pada 3-8 Oktober 2023.

 

Barangan kesihatan Revolution Energy Wave untuk menguatkan stamina.

Explore More