November 9, 2024

Search
Close this search box.
Kursus Amalan Pertanian Lestari Melalui Penggunaan Teknologi Fertigasi Dan Baja Organik kepada usahawan tani Daerah Tangkak pada 15-16hb Oktober 2023 di UTM Kampus Pagoh

UTM kongsi Amalan Pertanian Baik dengan komuniti Daerah Tangkak

TANGKAK, 16 Okt. – Universiti Tekonologi Malaysia (UTM) melalui Jabatan Biosains, Fakulti Sains mengadakan perkongsian berkenaan Amalan Pertanian Baik bersama komuniti usahawan tani Daerah Tangkak selama dua hari bermula 15 hingga 16 Oktober 2023.

Program ini melibatkan seramai 25 orang usahawan tani yang terdiri daripada golongan belia serta guru kemahiran di sekitar daerah berkenaan.

Program Projek Low Hanging Fruit (LHF- JIVE) 2023 bagi Daerah Tangkak, di bawah Pegurusan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) melibatkan Program Amalan Pertanian Baik bagi Melestarikan Industri Pertanian Johor (Tangkak) telah mendapat kerjasama dengan Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing (ICA), UTM Kampus Pagoh.

Manakala Pejabat Pertanian Daerah Tangkak pula mengadakan Kursus Amalan Pertanian Lestari Melalui Penggunaan Teknologi Fertigasi dan Baja Organik mendapat bimbingan Ts. Dr. Nor Zalina Othman, dari Fakulti Sains.

Program dua hari ini  telah berlangsung di UTM Kampus Pagoh. Objektif program ini adalah untuk pemindahan ilmu dan teknologi untuk mendedahkan kepada masyarakat kepentingan pemakanan sihat melalui amalan pertanian baik dalam kalangan peladang dan pembekal hasil pertanian. Ini akan menghasilkan hasil pertanian yang mengikut piawaian pemakanan yang berkualiti di peringkat global.

Sementara itu, En. Mohd Farid Ismail selaku Pegawai Penyelidik di ICA UTM Kampus Pagoh telah berkongsi tentang kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh ICA untuk penyelidikan yang berkaitan dangan industri pertanian. En. Rosli Ali yang merupakan Penolong Pegawai Pertanian di Pejabat Pertanian Daerah Tangkak pula memberi penerangan tentang peranan mereka membantu usahawan tani membangunkan amalan pertanian baik melalui skim pensijilan MyGAP.

Program ini juga turut mengajar peserta mengenai teknik penanaman menggunakan teknologi fertigasi melalui penggunaan sistem Internet of Things (IOT) oyang dikendalikan oleh En. Firdaus Samsudin. En. Firdaus telah berjaya mengusahakan projek fertigasi cili dan tembikai wangi (Rockmelon) di Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Pagoh.

Para peserta juga dibawa melawat ke ladang sayuran hijau yang terbesar di bahagian utara Johor yang mengamalkan skim pensijilan MyGAP, iaitu ladang milik Sheng Ta Plantation Sdn. Bhd., di Bukit Gambir, Tangkak.

Sewaktu berada di ICA UTM Pagoh pula peserta dibimbing mengenai fertigasi, penghasilan sendiri input pertanian, iaitu baja organik dari Azolla serta kepentingan mikroorganisma di dalam membantu keterjaminan makanan di Malaysia.

Melalui perkongsian dan pemindahan ilmu serta teknologi terkini para peserta dapat memahami kepentingan makanan bernutrisi tinggi dan sihat melalui amalan pertanian baik, yang akhirnya dapat membantu meningkatkan ekonomi mereka serta mampu mencapai kelestarian di dalam bidang pertanian.

Explore More