Mei 4, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 27 Okt. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah menganjurkan Karnival Kecergasan Kebangsaan KKM.

Program yang berlangsung di Taman Tropika UTM Johor Bahru ini dijalankan bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) tahun 2023.

Pengarah Pejabat Kelestarian Kampus, Prof. Ir. Dr. Fadhil Md. Din berkata karnival ini dianjurkan bertujuan untuk mempromosikan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

”Bagi menjayakan agenda ini, pihak penganjur telah mengatur pelbagai acara berkaitan kecergasan antaranya Pocket Talk, Fun Ride, Fitness Challenge, Explorace ANMS, Sukan Rakyat, Plogging 10k Langkah, Bootcamp, Cabutan Bertuah, Saringan Kesihatan Percuma, Saringan Kesihatan Pergigian dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik turut berlangsung,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis perasmian program yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dato’ Zainal Alhakab Seman mewakili Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Ir.Dr. Zaini Ujang.

Majlis bermula seawal jam 6.30 pagi dengan pendaftaran dan aktiviti Bootcamp dan berakhir jam 12 tengah hari.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, YBrs. Dr. Hj. Mohtar Bin Pungut@ Hj. Ahmad, dan Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Suraiya Syed Mohamed.

Sebagai simbolik majlis, pelepasan benih ikan lampam telah dilakukan di tasik Taman Tropika UTM Skudai.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dato’ Zainal Alhakab Seman merasmikan program mewakili Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.
Majlis pelepasan benih ikan lampam telah dilakukan di tasik Taman Tropika UTM Skudai.
Aktiviti fizikal dalam segmen Bootcamp yang berlangsung dalam Karnival Kecergasan Kebangsaan KKM 2023.
Peserta lari menarik tayar kenderaan sebagai sebahagian dari acara Bootcamp.
Aktiviti senamrobik dan Zumba yang berlangsung pada Karnival Kecergasan KKM 2023.
Pameran anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia bersempena dengan Karnival Kecergasan KKM 2023.
Pengarah Pejabat Pelestarian Kampus (UTMCS), Prof. Ir.Dr Fadhil Md Din (tiga kanan) menerima sijil penghargaan dari Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, Dato’ Zainal Alhakab Seman di Majlis Perasmian Program Karnival Kecergasan KKM 2023.
Pelepasan acara berbasikal Fun Ride UTM yang berlangsung di Karnival Kecergasan KKM 2023.
Acara Plogging 10 Ribu Langkah (kutipan sampah berjalan kaki) di sekitar Taman Tropika UTM

 

Explore More