Mei 1, 2024

Search
Close this search box.

TAJTUNE Seminar membantu insafi diri memperbetul bacaan al-Quran

JOHOR BAHRU, 4 Nov.– Satu inisiatif bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengenai tajwid al-Quran serta memperbetul bacaan al-Quran mahasiswa dan mahasiswi UTM melalui Program TAJTUNE, program di bawah konteks kerohanian pelajar. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Brigade Al-Mahabbah dengan kerjasama Kelab Iqra UTM dan Pusat Islam UTM sebagai salah

Program yang telah dijalankan pada 4 November 2023 mendapat sambutan yang baik daripada pelajar UTM di mana seramai 102 pelajar UTM telah menyertai sesi yang telah dijalankan ini di Dewan Seri Meranti, Kolej Rahman Putra. Program yang berlangsung selama enam jam telah disempurnakan dengan penyampaian ilmu daripada Finalis Akademi Qurra televsiyen al-Hijrah iaitu Ustaz Muhammad Nur Zuhdi. Antara pengisian program ini adalah mengenai ilmu tajwid dan al-Quran serta menghayati keindahan kalam ilahi. Selain itu, terdapat sesi latihan mengenai ilmu tajwid dan al-Quran yang telah dipelajari. Pelajar juga turut diberi peluang untuk mengutarakan pertanyaan dan pendapat sepanjang sesi soal jawab berlangsung.

 

Sesi penyampaian oleh Ustaz Muhammad Nur Zuhdi.

 

Sesi penyampaian cenderahati kepada Ustaz Muhammad Nur Zuhdi.

 

Sesi fotografi bersama urusetia program Tajtune

 

Penganjuran program merupakan bentuk pengharapan Kelab Brigade al-Mahabbah dengan kerjasama Kelab Iqra UTM dan Pusat Islam UTM ini dalam membantu dan memberikan pendedahan kepada pelajar UTM mengenai ilmu tajwid dan kefahaman al-Quran serta merealisasikan hasrat universiti bagi melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang holistik.

 

Oleh Nur Sakinah Mohd Fauzi Naim dan Muhammad Nur Firdaus

 

Explore More