November 22, 2024

Search
Close this search box.

Program Geoinformasi UTM mulakan langkah kerjasama bersama MYSA

Kuala Lumpur, 12 Okt. – Program Geoinformasi, Fakulti Alam Bina & Ukur (FABU) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai oleh Pengarah Geoinformasi, Prof. Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin bin Musa telah mengadakan kunjungan hormat ke Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sebagai memulakan langkah bagi membentuk kerjasama antara dua pihak.

Turut sama dalam lawatan kunjung hormat ini adalah pensyarah-pensyarah program Geoinformasi yang terdiri daripada Prof. Ts Gs. Dr. Kasturi Devi Kanniah, Prof. Madya Sr. Gs. Dr. Nurul Hazrina binti Idris, Sr. Gs. Dr. Othman bin Zainon dan Sr. Ts. Dr. Mohd Faisal bin Abdul Khanan.

Lawatan kunjung hormat ini adalah susulan kepada lawatan pada Oktober 2022 yang merintis jalan kepada potensi kerjasama antara program Geoinformasi dengan pihak MYSA khususnya dalam aspek penyelidikan dan peningkatan kompetensi staf.

Pengarah Geoinformasi, Prof. Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin bin Musa menandatangani buku pelawat

Dalam perbincangan sempena lawatan ini Pengarah Geoinformasi turut berkongsi kekuatan penyelidikan UTM dan kelebihan program-program prasiswazah dan pascasiswazah di bawah program Geoinformasi.

Pembentangan oleh Pengarah Geoinformasi yang menekankan aspek kekuatan penyelidikan dan program-program Geoinformasi.

Sementara itu, Ketua Pengarah MYSA mengutarakan kepentingan memberi fokus yang berbeza dalam bidang tujahan masing-masing supaya penyelidikan yang dijalankan adalah unik dan mencipta skop tersendiri.

Selain itu, beliau juga menyatakan fokus MYSA adalah memperkasa penyelidikan dan membangunkan teknologi angkasa, serta menginginkan kerjasama dengan universiti untuk penciptaan ilmu pengetahuan berasaskan sains angkasa.

Pihak program Geoinformasi bersama-sama dengan MYSA juga bersetuju untuk memulakan usaha ke arah mewujudkan memorandum persefahaman (MoU) yang akan memberi penekanan kepada kerjasama penyelidikan, peningkatan kompetensi staf MYSA serta perkhidmatan dan konsultasi kepada agensi-agensi kerajaan yang lain.

 

Sesi penyampaian cenderahati yang mana Pengarah Geoinformasi menyampaikan sebuah buku tentang Tan Sri Ainuddin Bin Wahid, Naib Canselor UTM yang pertama.

 

Ketua Pengarah MYSA menyampaikan cenderahati buku Dimensi Baru MYSA 2023.

Explore More