Mei 3, 2024

Search
Close this search box.

Open Day 2023 buka mata pelajar baharu KRP untuk bergiat aktif

JOHOR BAHRU, 27 Okt. – Jawatankuasa Kolej Rahman Putra (JKM KRP) telah menganjurkan Open Day Kolej Rahman Putra 2023 bertempat di Dewan Sri Meranti.

Penganjuran program ini merupakan satu inisiatif JKM KRP dalam memperkenalkan kelab-kelab naungan KRP iaitu Buddies JKM KRP, Kelab Riverdale, Kelab Buletin, Kelab Rahman Interactive Student Center (RAIS), dan Ketua Blok Kediaman kepada warga kolej.

Program pada malam itu dimeriahkan dengan kehadiran 383 mahasiswa yang menetap di KRP. Hadir bersama dalam program tersebut adalah barisan Majlis Felo KRP, JKM KRP dan wakil-wakil kelab. Program ini turut disiarkan secara langsung menerusi platform instagram rasmi kolej.

Mahasiswa mendengar penerangan yang disampaikan wakil kelab.

Menerusi inisiatif ini, warga KRP terutama mahasiswa baharu diberi pendedahan dan maklumat mengenai kegiatan pembangunan pelajar di kolej, berdasarkan pembentangan dan promosi daripada setiap kelab.

Kaunter-kaunter turut dibuka bagi memudahkan proses pendaftaran menyertai kelab-kelab.

Penglibatan mahasiswa dalam kegiatan kelab di kolej ini membolehkan mereka menonjolkan bakat-bakat terpendam serta dapat merasai pengalaman yang menyeronokkan semasa menjadi penghuni di KRP. Mereka juga boleh memperoleh pelbagai kemahiran insaniah yang baru sekali gus membentuk mereka menjadi mahasiswa UTM yang holistik.

Oleh: Aiman Hakim Mohd Said

Explore More