April 29, 2024

Search
Close this search box.

Konvensyen JKM gilap bakat kepimpinan mahasiswa KTHO

JOHOR BAHRU, 19 Okt. – Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) telah melaksanakan program konvensyen JKM 2023/2024, bertempat di Dewan Tun Hussein Onn (DTHO).

Konvensyen JKM merupakan platform bagi barisan JKM sesi 2023/2024 bertukar pendapat dan cadangan bersama mantan JKM sesi 2023/2024 daripada aspek pengurusan program dan aktiviti pembangunan pelajar.

Program ini juga merupakan salah satu medium untuk JKM sesi lepas dan pihak MAFAN berkongsi pengalaman permasalahan sesi lepas serta menilai program yang telah dirancang oleh JKM sesi baharu agar dapat ditambah baik dan dijalankan dengan sempurna.

Hadir bersama dalam konvensyen kali ini ialah mantan Pengerusi JKM 2022/2023 (semester satu), Muhammad Hakim bin Mohd Zain dan mantan Pengerusi JKM 2022/2023 (semester dua), Mohd Ashraf Fahmi bin Mohd Nazri.

Sesi perkongsian oleh mantan Pengerusi JKM 2022/2023 (semester satu), Muhammad Hakim bin Mohd Zain.

Antara perkongsian yang disampaikan oleh saudara Muhammad Hakim dan saudara Mohd Ashraf adalah mengenai tanggungjawab yang bakal dipikul, tugas-tugas JKM dan kata-kata semangat untuk JKM sesi baharu sekali gus menjadi azimat untuk tampil menjadi pemimpin pelajar KTHO yang berkredibiliti dan berketrampilan.

Sesi perkongsian oleh mantan Pengerusi JKM 2022/2023 (semester dua), Mohd Ashraf Fahmi bin Mohd Nazri. 

Pada akhir konvensyen, Pengerusi JKM sesi 2023/2024, saudara Muhammad Hazim bin Azatul Amery turut menitipkan ucapan ringkas berkenaan perancangan program-program pembangunan pelajar yang bakal dilaksanakan sepanjang sesi 2023/2024.

Pengerusi JKM sesi 2023/2024, saudara Muhammad Hazim bin Azatul Amery sempat menitipkan ucapan ringkas buat JKM sesi 2023/2024.

Penganjuran Konvensyen JKM kali ini diharap dapat membentuk dan menggilap ahli JKM sesi 2023/2024 untuk tampil menjadi barisan pemimpin pelajar yang holistik dalam menguruskan kebajikan dan kemaslahatan warga KTHO seterusnya menjadikan KTHO salah sebuah kolej yang cemerlang daripada segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.

Oleh: Muhammad Nur Firdaus bin Osman

Explore More