Mei 8, 2024

Search
Close this search box.

Geoinformasi FABU raikan kehadiran pelajar baharu

JOHOR BAHRU, 2 Okt.– Bersempena kemasukan mahasiswa baharu bagi sesi 2023-2024, Jabatan Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM telah mengadakan suatu majlis bagi meraikan kemasukan 146 pelajar baharu di bawah program Geoinformasi.

 

Secara umumnya, pelajar baharu program Geoinformasi terbahagi kepada dua (2) kumpulan subprogram iaitu pelajar Kejuruteraan Geomatik dan pelajar Sains Geoinformatik. Seramai  95 orang dari program Kejuruteraan Geomatik dan 51 orang daripada program Sains Geoinformatik.

Majlis yang telah diadakan di Blok L50, UTM ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa, Pengarah Geoinformasi yang turut menitipkan nasihat buat pelajar-pelajar baharu tersebut.

Selain itu, majlis meraikan pelajar baharu ini turut dihadiri oleh barisan pensyarah kanan Geoinformasi sebagai tanda mengalu-alukan pendaftaran pelajar ini. Sesi pengenalan kepada program Kejuruteraan Geomatik telah disampaikan oleh Dr. Wan Anom Wan Aris selaku penyelaras program manakala pengenalan bagi program Sains Geoinformatik telah disampaikan oleh Dr. Nor Suhaibah Azri, penyelaras bagi program Sains Geoinformatik. Para pelajar telah diberi penerangan berkenaan cara menjalankan pendaftaran subjek serta subjek-subjek yang akan dipelajari mengikut program masing-masing.

Selain pendaftaran subjek, pelajar juga telah diberi penerangan berkenaan faedah mengikuti kelab dan persatuan di bawah program Geoinformasi ini. Pelajar Kejuruteraan Geomatik akan bernaung di bawah Persatuan Mahasiswa Ukur Tanah (PEMETA) manakala pelajar Sains Geoinformatik akan menyertai Kelab Geoinfomatik (GEOINFO). PEMETA telah diwakili oleh presidennya iaitu Saudara Akmal NizamZuhairon dan taklimat berkenaan Kelab GEOINFO telah disampaikan oleh naib presidennya iaitu Saudari Farawahida.

Setiap pelajar baharu juga akan diletakkan pemantauan seorang Penasihat Akademik yang akan membantu urusan pendaftaran subjek, membantu permasalahan akademik pelajar dan memantau keputusan atau pencapaian semasa pelajar.

Bilangan pengambilan pelajar bagi semester pengajian 2023/2024 ini bagi program Geoinformasi menunjukkan peningkatan yang memberansangkan hasil daripada pemasaran yang dijalankan sebelum ini.

Pengarah Geoinformasi berkata, “Program pemasaran akan diteruskan dengan memberi fokus kepada media-media sosial terutamanya TikTok yang menjadi tumpuan kebanyakan golongan pelajar pada masa kini”.

 

Explore More