Mei 3, 2024

Search
Close this search box.

Youth Sports Leadership Programme perkasa bakat kepimpinan sukan pelajar

KUALA LUMPUR, 28 Ogos  – Satu program kepimpinan sukan anjuran Pusat Kecemerlangan Sukan UTM Kuala Lumpur bagi memperkasa bakat kepimpinan pelajar khususnya dalam bidang sukan telah diadakan melalui Youth Sports Leadership Programme baru-baru ini.

Program yang mendapat kerjasama daripada Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE), Pusat Kesihatan Universiti, Seksyen Keselamatan, dan Pusat Islam ini menumupkan kepada inisiatif mengasah kredibiliti pelajar lebih-lebih lagi dalam pengurusan sukan & teknikal kejohanan, pembangunan sukan teras UTMKL, kepimpinan, dan kesukarelawanan dalam kalangan pelajar.

Program ini telah berlangsung selama empat hari bermula 24 Ogos sehingga 27 Ogos 2023 dengan melibatkan 40 orang pelajar UTMKL di Kem Sungai Pauh, Cameron Highlands.

Seramai 24 orang pelajar (Sekretariat Sukan & Rekreasi) dan 16 orang pelajar (Ketua Pasukan bagi 7 Sukan Teras di UTMKL). Inti pati pengisian penganjuran program kepimpinan sukan ini meliputi Bengkel Pengurusan dan Teknikal Kejohanan, Team Bonding, aktiviti Mendaki Gunung Jasar-Perdah, Sesi Ramah Mesra bersama Pro-Naib Canselor UTMKL, dan aktiviti kemasyarakatan di Kem Sungai Pauh, Cameron Highlands.

Bengkel Pengurusan Sukan dan Pengendalian Teknikal Kejohanan ini telah disampaikan oleh Ketua Pusat Kecemerlangan Sukan, Encik Nabil Hazwan Muhamad Hasim dan Pembantu Belia dan Sukan Kanan, Puan Siti Hanim Ishak membimbing kesemua peserta tentang Pengurusan Sukan & Teknikal Kejohanan yang merangkumi Kaedah Penganjuran dan Penyertaan Sukan sama ada di peringkat dalaman Universiti dan luar Universiti.

Penceramah juga berkesempatan menyampaikan fungsi – fungsi, matlamat, dan sasaran Pusat Kecemerlangan Sukan bagi 7 Sukan Teras yang telah ditubuhkan.  Pusat Kecemerlangan Sukan berhasrat agar bengkel ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam membantu Kelab/Persatuan dan Pusat Kecemerlangan Sukan sendiri dalam menganjurkan sesuatu kejohanan yang berprestij dan berimpak tinggi.

 

 

Ketua Pusat Kecemerlangan Sukan UTMKL, Encik Nabil Hazwan menyampaikan Ceramah Pengurusan Sukan (Penganjuran Kejohanan dan Penyertaan Kejohanan)

 

Peserta bergambar bersama Pengarah Hal Ehwal Pelajar UTMKL sebelum Bengkel Pengurusan Sukan bermula

Sementara itu, semasa aktiviti Team Bonding pelajar  diberi peluang untuk mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain agar dapat berkomunikasi dan bersinergi dengan baik bagi apa jua penganjuran dan penglibatan di dalam sesuatu kejohanan sukan di masa depan.

Pada 26 Ogos 2023, seramai 35 orang pelajar, 21 orang sekretariat yang terdiri daripada staf, dan 6 orang jurupandu arah terlibat di dalam aktiviti Mendaki Gunung Jasar-Perdah di Cameron Highlands yang berketinggian 1,696 meter.  Pro Naib Canselor UTMKL, Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh dan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Prof Ir. Ts Dr. Aminudin  Haji Abu turut terlibat dalam aktiviti mendaki gunung bersama pelajar. Aktiviti ini berlangsung selama 6 jam di mana bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada 2.30 petang.

Inisiatif penganjuran aktiviti ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap pelajar dan staf sentiasa menitikberatkan elemen work life balance dalam kehidupan seharian serta mempromosikan aktiviti rekreasi di peringkat UTM Kuala Lumpur. Melalui amalan gaya hidup sihat, para pelajar dan staf sentiasa di dalam keadaan cergas dan komited dalam apa jua tugas yang dilaksanakan.

Pro Naib Canselor UTMKL bergambar bersama pelajar dan staf di Puncak Gunung Jasar

 

Staf dan Pelajar UTMKL di Puncak Gunung Jasar yang berketinggian 1,696 meter

Pro Naib Canselor UTMKL juga berkesempatan berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan sepanjang bergelar mahasiswa dan 30 tahun perkhidmatan di Universiti Teknologi Malaysia. Ini merupakan platform yang terbaik bagi seluruh peserta untuk mendapatkan tips dan nasihat daripada Pro Naib Canselor UTMKL untuk menjadi pemimpin yang sentiasa komited dan terus cemerlang di dalam akademik dan juga kokurikulum. Prof. Latif memberi nasihat agar para pelajar sentiasa berpegang teguh kepada nilai teras universiti yang merangkumi Integrity, Synergy, Excellence, dan Sustainability dalam apa jua pelaksanaan kerja yang melibatkan akademik dan kokurikulum. Beliau juga mengharapkan semua pelajar yang terlibat akan terus cemerlang dalam bidang kokurikulum dan mengharumkan nama universiti di dalam apa jua bidang sukan yang diceburi.

Sesi Ramah Mesra bersama Pro Naib Canselor UTMKL – Tajuk Perkongsian adalah Three Decades Journey

Di dalam Youth Sports Leadership Programme ini, Pusat Kecemerlangan Sukan UTMKL telah bersinergi bersama Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands dalam memperkasakan aktiviti kemasyarakatan di Kem Sungai Pauh Cameron Highlands. Seluruh pelajar dan staf UTM Kuala Lumpur bersama – sama menanam 30 pokok tempatan (Symingtonia Populnea) yang telah disediakan oleh Pejabat Hutan, Mengecat Taman Permainan dan Tembok Pintu Masuk di Kem Sungai Pauh. Inisiatif Pusat Kecemerlangan Sukan mengadakan aktiviti kemasyarakatan ini adalah untuk meningkatkan lagi keceriaan kawasan percutian yang menjadi tumpuan masyarakat dan kawasan alam semula jadi di peringkat Negeri Pahang.

Sewaktu aktiviti kemasyarakatan di Kem Sungai Pauh Cameron Highland, kesemua peserta dan staf berjaya menanam 30 pokok tempaytan Pro Naib Canselor dan Pengarah Hal Ehwal Pelajar juga berkesempatan menanam pokok tempatan (Symingtonua Populnea) sebagai Simbolik Perasmian Kerjasama Aktiviti Kemasyarakatan di antara UTM Kuala Lumpur dan Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands.

Prof. Ts. Dr. Abd Latif bin Saleh, Pro Naib Canselor menanam pokok Symingtonia Populnea 

 

Prof. Ir. Ts. Dr. Aminudin, Pengarah Hal Ehwal Pelajar menanam pokok Symingtonia Populnea

 

Sesi Bergambar Staf dan Pelajar UTM Kuala Lumpur bersama Barisan Staf Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands 

Youth Sports Leadership Program ini merupakan program kepimpinan sukan yang julung kali diadakan dan pengerusi program Encik Nabil Hazwan menyatakan bahawa inovasi penganjuran program ini mendapatkan sokongan penuh daripada Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Prof Ir. Ts. Dr. Aminudin bin Haji Abu dan akan dilaksanakan secara tahunan bagi melahirkan pelajar yang berkaliber, berkepimpinan, dan berkemahiran tinggi dalam bidang pengurusan sukan secara berterusan. Secara tidak langsung, program ini menyahut salah satu Amanat Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Memperkukuhkan Kebolehpasaran Graduan.

Aktiviti Mengecat Taman Permainanan dan Tembok Pintu Masuk di Kem Sungai Pauh, Cameron Highlands

Explore More