Mei 13, 2024

Search
Close this search box.

SPACE bantu realisasikan hasrat JDT FC bangun masa depan pelatih

JOHOR BAHRU, 12 Sept.  – Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) UTM menerima kunjungan lawatan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Alistair Martin Edwards dalam membincangkan secara mendalam pembangunan masa depan pelatih Akademi JDT terutamanya dalam peningkatan kelayakan akademik.

Dalam kunjungan berkenaan, SPACE dan pihak pengurusan Johor Darul Ta’zim FC berkongsi pandangan dan maklumat berkaitan pembangunan program pengajian peringkat diploma bagi pelatih akademi berkenaan.

Program Diploma Sukan dan Kecergasan yang dibangunkan oleh SPACE merupakan manifestasi kepada hasrat yang disuarakan oleh pihak JDT FC sendiri dengan mengambil kira masa depan para pelatih yang sedang menjalani latihan di Akademi JDT.

Menurut Alistair, “We want them (trainees) to become professional players, good people and have a good education”.

Program pengajian selama 2 setengah tahun ini, merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia sekiranya dapat direalisasikan. Program pengajian dalam fasa akhir pelaksanaan secara rasmi yang dijangkakan akan bermula pada hujung tahun ini.

Prof. Dr Nazri Ali (paling kanan) bersama pihak UTMSPACE sewaktu perbincangan bersama pihak JDT FC.

Seramai 27 pelatih Akademi JDT dijangka bakal mengikuti program pengajian diploma ini. Program diploma ini menggunakan kaedah pengakreditasian APEL C yang berasaskan pengalaman pembelajaran terdahulu.

Melaluinya, para pelatih akan dinilai berdasarkan pengetahuan yang ditimba sepanjang berada di Akademi JDT yang akhirnya membolehkan mereka memperoleh diploma sebagai kelayakan akademik baharu untuk manfaat pada masa depan.

Kumpulan pelatih yang bakal mengikuti pengajian ini adalah dari kelompok pelatih berumur 18 tahun ke atas.

Kunjungan ini turut disertai oleh Pengarah Akademik JDT, Javier Jorda Ribera, Pengurus Pembangunan JDT, Pengurus Pembangunan JDT, Sukumaran a/l Kunjappan, Methodology Coach JDT, Gonzalo Sanz Zaballos, dan Pegawai Perhubungan Akademi JDT, Sazali Saidun. Manakala pihak SPACE yang diketuai oleh Pengerusinya, Prof. Dr Nazri Ali disertai oleh Timbalan Pengerusi SPACE yang juga Ketua Projek, Dr. Lily Suriani Mohd Arif serta pasukan pembangunan program.

 

Perbincangan antara Akademi JDT dan SPACE
Perbincangan antara Akademi JDT  FC  dan SPACE
Pihak JDT FC yang hadir sewaktu berkenaan.

Explore More