April 29, 2024

Search
Close this search box.

UTM pupuk kesedaran perubahan iklim dalam kalangan pelajar SMK Seri Pulai Perdana

SKUDAI, 27 Sept. – Pusat Pelestarian Alam Sekitar dan Sekuriti Air (IPASA), Institut Kelestarian Alam Sekitar (RISE), dan GCRF Water Security and Sustainable Development Hub UTM telah mengadakan Program Kesedaran Perubahan Iklim bersama pelajar menengah rendah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pulai Perdana (SMKSPP), Skudai Johor bertempat di Laman Sakinah sekolah berkenaan.

Objektif utama program yang disertai oleh seramai 89 orang pelajar tingkatan satu ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang perubahan iklim dan impaknya terhadap alam sekitar. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan menggunakan langkah-langkah yang bersesuaian bagi menghadapi impak perubahan iklim selain menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah dalam aspek kesedaran alam sekitar.

Program separuh hari melibatkan empat sesi ceramah kesedaran, antaranya oleh Pengarah IPASA, Prof. Dr. Zainura Zainon Noor, bertajuk “Pemahaman Asas Perubahan Iklim” dan “What can I do”. Ini diikuti oleh ceramah Dr. Zulfaqar Sa’adi, penyelidik pasca-doctoral IPASA bertajuk “Unjuran dan Impak Perubahan Iklim” dan Dr. Nur Syamimi Zaidi selaku Timbalan Pengarah IPASA dengan tajuk “Impak Perubahan Iklim Terhadap Cuaca dan Kualiti Air”.

Para pelajar juga dilibatkan dengan aktiviti Demo Sick Planet yang diketuai oleh Dr. Nor Eliza Alias selaku Felo IPASA. Akiviti menarik ini dijalankan dengan menggunakan barang-barang terpakai, dan pelajar diminta menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan Sick Planet. Aktiviti ini turut dibantu oleh staf dan pelajar pasca-siswazah IPASA.

Selain itu, melalui aktiviti Climate Scientist para pelajar didedahkan dengan penggunaan Tolok Hujan dan alat pengukuran kualiti air YSI. Para pelajar juga berpeluang mendapatkan maklumat tambahan tentang perubahan iklim melalui kuiz Climate Worrior. Sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya dan kepada pelajar yang aktif mengambil bahagian sepanjang sesi program dijalankan telah mengisi aktivit di akhir program.

Kesedaran dan maklumat yang didapati melalui program ini diharap dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan dapat dikongsi bersama ahli keluarga. menerusi program seperti diharap dapt menimbulkan kesedaran orang ramai untuk sama-sama mengembleng usaha dalam menjaga kepentingan alam sekitar bagi mengurangkan dan menghadapi kesan perubahan iklim.

 

Explore More