November 17, 2024

Search
Close this search box.

UTM perluas kerjasama dengan institusi di China

CHINA, 14 Sept  – Naib Canselor telah mengetuai delegasi UTM bagi lawatan rasmi ke Negara China bermula 10 hingga 13 September 2023. Lawatan selama 4 hari dengan sesi lawatan dan perbincangan strategik telah diadakan bersama universiti-universiti di wilayah Fujian dan Jiangxi, China yang melibatkan 7 buah institusi. China merupakan sebuah negara yang berpotensi besar untuk UTM menjadikan rakan strategik dalam pengembangan aktiviti akademik dan penyelidikan. Pelajar dari China juga merekodkan jumlah pelajar antarabangsa yang tertinggi di UTM pada tahun ini.

Sebanyak empat Letter of Cooperation (LOC) telah ditandatangani bersama beberapa institusi di China seperti East China University of Technology (ECUT), East China Jiatong University (ECJTU), Jiangxi University of Finance and Economics (JUFE) dan The People’s Government of Dehwa County. Antara bidang kerjasama yang akan dilaksanakan adalah pertukaran pelajar dan staf akademik, penyelidikan bersama, kerjasama program akademik, penubuhan makmal satelit dan francais program-program akademik UTM di negara China.

East China University of Technology (ECUT)

The People’s Government of Dehwa County

Lawatan ini juga membuka ruang yang luas bagi meningkatkan pendaftaran pelajar diperingkat pasca ijazah dalam pelbagai bidang di UTM. Delegasi UTM juga telah mengadakan perbincangan bersama Quanzhou College of Technology (QCT) dan Quanzhou Normal University (QNU) yang terletak di bandar Quanzhou. Satu Letter of Intent (LOI) juga telah ditandatangani bersama Quanzhou College of Technology (QCT).

Jiangxi University of Finance and Economics (JUFE)

Delegasi UTM juga turut berkesempatan untuk membuat kunjungan hormat ke Quanzhou Municipal Education Bureau, iaitu badan yang setara dengan Kementerian Pendidikan. Sesi perbincangan tersebut turut dihadiri oleh 7 buah institusi pendidikan di Quanxhou sekaligus membuka lebih banyak peluang kerjasama.

Semasa di bandar Dehua, delegasi UTM berpeluang untuk berbincang bersama Datuk Bandar Dehua iaitu Tuan Fang Junqin yang amat teruja dengan kerjasama yang bakal terjalin terutama dalam bidang penyelidikan dengan cadangan penubuhan pusat penyelidikan satelit di Dehua. Delegasi UTM dibawa untuk meninjau industri seramik yang terbesar di negara China yang berpusat di Dehua. Dehua merupakan pangkalan seramik terkenal China, mempunyai kira-kira 2,600 syarikat seramik dan lebih 100,000 pekerja berkaitan. Pada tahun 2017, nilai output industri seramik di Dehua mencapai AS $3.58 bilion.

Menurut Naib Canselor, kerjasama antara UTM dan institusi dari Negara China ini akan diperincikan lagi oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bersama dekan-dekan berkaitan supaya usahasama ini dapat direalisasikan dengan segera sekaligus memberikan impak yang positif kepada semua.

“Potensi kerjasama bersama inistitusi di China amat tinggi. Dengan melihat kepada kepakaran yang ada di negara ini, UTM turut mempunyai kepakaran yang boleh memberikan nilai tambahan kepada kepada mereka, terutamanya dalam melahirkan bakat yang diperlukan seiringan dengan keperluan industri disana”, Prof Datuk Fauzi berkata.

Beliau amat teruja dengan potensi kerjasama praktikal yang terjalin selaras dengan pelan strategi UTM dibawah keutamaan Kesohoran Global (global eminence). Naib Canselor meneruskan pemerkasaan misi pengantarabangsaan yang dikenali sebagai VC Asia Tour 2.0 ke Negara China setelah misi pengantarabangsaan ke Negara Indonesia telah membuahkan hasil dengan pelbagai usahasama seperti pertukaran staf dan pelajar, penyelidikan bersama, penerbitan, kerjasama akademik dan penubuhan 3 makmal satelit.

Disamping itu juga UTM turut mempromosikan keahlian bagi Asia Technological University Network (ATU-Net) bagi menambahkan lagi bilangan ahli terutama universiti dari negara China.

Lawatan ke China turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof Dr Mohd Shafry Mohd Rahim, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Prof Dr Jafri Din, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Prof Madya Ir Dr Zaini bin Ahmad, Dekan Fakulti Razak dan Informatik (FTIR), Prof Madya Ts Dr Nazri Mahrin, serta Pengarah UTM International, Prof Madya Dr Ariffin Abu Hassan.

 

Disediakan oleh:

Jaffrey bin Samsul Bahrin

Pejabat Naib Canselor

 

 

 

Explore More