April 27, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Tiga pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terpilih telah dilantik sebagai Felo Perdana.

Muhammad Badrul Amin Abdul Rashid, lepasan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) telah ditempatkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sementara itu, Roshini, mahasiswi Sarjana Muda Sains Komputer (Bioinformatik) yang juga Ahli Dewan Muda Johor dan Duta Perpaduan Johor telah ditempatkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH).

Manakala, Tan Ming Jie, lepasan Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran telah ditempatkan di bawah Kementerian Perpaduan.

Pelantikan tersebut telah diumumkan dalam Majlis Penyerahan Felo Perdana yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Teater, Aras 1, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Felo Perdana merupakan satu inisiatif berbentuk mentoring dan internship dengan matlamat melahirkan golongan belia yang dinamik, berdaya saing, mempunyai pengetahuan yang relevan berkaitan sistem pentadbiran negara dan bersedia menghadapi cabaran global selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Bagi edisi 2023, seramai 56 orang Felo Perdana telah dipilih dan dilantik. Kesemua mereka akan memulakan tugas mulai 23 Ogos sehingga 31 Disember 2023.

Explore More