April 29, 2024

Search
Close this search box.

PKP selama 2 tahun tidak menjadi batu penghalang kepada pasukan Tarik Tali UTM untuk terus melebarkan sayap meneruskan legasi dan dominasi. Satu Ketika dulu pasukan Tarik Tali UTM digeruni lawan dan kawan.

Di mana-mana pertandingan Tarik Tali anjuran peringkat terbuka dan tertutup pasti nama UTM dibibir selaku pasukan awam yang mempunyai kredibiliti tersendiri.

Ketandusan pertandingan secara dalaman seperti UTM GAMES dan pertandingan antara jabatan dan fakulti tidak dijadikan alasan oleh Pasukan Tarik Tali UTM untuk terus mengekalkan nama baik pasukan Tarik tali UTM di kejohanan luar peringkat Johor dan Kebangsaan.

Tahniah diucapkan kepada ahli pasukan Tarik Tali UTM yang terpilih untuk membantu Pasukan Johor di Kejohanan Kuala Lumpur International Tug of War Championships 2023 yang bakal berlangsung pada 14 hingga 17 September 2023.

Sejak PKP berakhir, UTM Sports Excellence tidak lagi menganjurkan pertandingan Tarik Tali secara dalaman.

Pasukan Tarik Tali UTM mengambil inisiatif tersendiri dengan merancang latihan dan persiapan bersama dengan melakukan usaha mendapatkan dana untuk membeli alatan latihan dan pakaian jersi untuk terus bermain dan mengekalkan nama baik UTM.

Usaha ini di lakukan secara bersama oleh ahli pasukan yang merupakan staff UTM. Malahan setiap kali ke kejohanan luar, ahli pasukan akan melakukan kutipan duit bersama bagi membolehkan pergi ke pertandingan luar. Usaha yang berterusan ini bagi mengekalkan nama baik pasukan Tarik Tali UTM sejak generasi X lagi.

Generasi X UTM pasti sentiasa datang memberi sokongan dan memantau latihan pasukan Tarik Tali UTM yang rata rata kini adalah merupakan generasi Y. Hubungan erat generasi X dan Y UTM berterusan demi menjaga nama baik pasukan.

Sukan Tarik Tali bukanlah satu sukan yang boleh diambil ringan dari segi Latihan dan persediaan fizikal. Ia memerlukan persiapan yang rapi  agar memastikan tiada kemalangan dan kecederaan teruk yang berlaku semasa pertandingan berlangsung.

Ahli pasukan perlu memastikan fizikal badan telah bersedia sebelum mendaftarkan diri dalam mana mana kejohanan yang berlangsung. Sejarah pernah menunjukan kemalangan maut pernah berlaku di dalam sukan Tarik Tali seperti melibatkan kematian.

Justeru itu, setiap ahli pasukan perlu bertanggungjawab memastikan kesediaan fizikal dan mental sebelum menyertai mana mana kejohanan pertandingan Tarik Tali. Pasukan Tarik Tali UTM pasti akan berkumpul dan melakukan latihan secara bersama sebelum ke kejohanan bagi memastikan tiada kecederaan teruk yang berlaku.

Pasukan Tarik Tali UTM juga akan sentiasa memantau setiap ahli pasukan kerana sukan Tarik Tali melibatkan kategori jumlah berat. Berat ahli pasukan perlu seimbang agar boleh menyertai mana mana pertandingan yang dianjurkan.

Misi dan visi pasukan Tarik Tali UTM kini adalah memastikan pertandingan peringkat Universiti yang bakal berlangsung untuk mengekalkan kedudukan tiga terbaik dan mengekalkan reputasi nama Tarik Tali UTM. Pasukan UTM penah muncul Naib Juara Pasukan di dalam kejohanan SUKUM yang dianjurkan di UPSI Tanjung Malim.

Matlamat Utama kini adalah untuk memastikan pasukan UTM berjaya muncul juara pasukan di dalam pertandingan peringkat Universiti yang bakal mendatang. Walaupun kekurangan dana untuk membeli kasut khas untuk menarik tali, ia bukan penghalang kejayaan pasukan Tarik Tali UTM.

Metaphor Sukan Tarik Tali sangat indah untuk di pelajari dan di fahami untuk bekerja dalam 1 pasukan, kemenangan Tarik Tali tidak boleh di perolehi hanya semata mata ada 2 atau 3 orang ahli yang kuat dan gagah.

Malahan dalam mana mana pertandingan yang di sertai, pasukan yang kuat tetapi tidak bertindak dalam 1 unit, mustahil untuk mencapai sebarang kemenangan.

Untuk menang dalam pertandingan Tarik Tali, ia perlu bertindak dalam satu unit utuh tanpa kopromi secara bersama bagi memastikan tarikan dan beban tekanan yang diberikan sama seperti ibarat sedang berkawad.

Pergerakan yang tidak sama pasti akan menyebabkan punca kekalahan kerana pergerakan dan tekanan yang tidak sama merupakan kelemahan utama yang perlu diperbaiki sepanjang masa.

Pasukan yang bertindak dalam satu unit (gerakan dan tekanan yang sama) pasti akan memberikan satu jumlah beban yang padu untuk di terima oleh pihak lawan.

Sukan Tarik Tali juga sangat jelas menunjukan pasukan yang tidak melakukan latihan fizikal secara berterusan, mustahil untuk meneruskan pertandingan hingga akhir kerana kelenguhan dan kesakitan badan akibat tarikan dan tekanan yang di lakukan.

Tuntasnya, satu ketika dulu sukan Tarik Tali pernah dipertandingkan di peringkat kejohanan tertinggi dunia seperti SUKAN OLIMPIK.

Ia menunjukan sukan ini satu hari nanti bakal menjadi sukan utama kerana sukan ini secara jelas menunjukan kepentingan semangat kerjasama berkumpulan yang tiada kopromi dan perlu bertindak dalam satu unit untuk mencapai kejayaan.

Ia mengajar erti sebuah kehidupan untuk mencapai kejayaan memerlukan sokongan dan dorongan pelbagai pihak dan usaha yang berterusan tanpa kenal erti putus asa.

Justeru itu, Sukan Tarik Tali di Malaysia bukan sekadar sukan tradisional rakyat Malaysia seperti satu ketika dulu  malahan ia mewakili satu metafora indah dalam kepentingan nilai nilai murni dalam kehidupan.

Pencapaian Pasukan Tarik Tali UTM

1.Tanjung Balau Open TUG OF WAR  : Silver Medal

2.Tanjung Sedili Open TUG OF WAR : Bronze Medal

3.Majlis Perbandaran Pontian Open TUG OF WAR : Silver Medal

4.Merdeka Orang Asli Kampung Pasir Salam Event TUG OF WAR : Silver Medal

5.Majlis Sukan Negeri Johor Kejohanan Komuniti Pulai TUG OF WAR : Silver Medal

Oleh: Ts Dr Hadafi Fitri Mohd Latip (Pengarah Sports Innovation Technology Centre UTM)

Explore More