Februari 27, 2024

Search
Close this search box.

SITC UTM angkat agenda memperkasa teknologi sukan demi Emas Olimpik Pertama Negara

Sports Innovation Technology Centre (SITC) mula bertapak di Stadium Azman Hashim UTM pada 2011. Pada ketika itu ruang gimnasium stadium UTM telah di jadikan makmal penyelidikan untuk pelajar-pelajar pascasiswazah (Sarjana dan PhD) yang menyambung pengajian di bawah SITC UTM.

Kemudian setelah 3 tahun SITC bertapak di stadium UTM, kesemua ahli dan pelajar SITC telah berpindah ke bangunan baru di Tingkat 4, iaitu bangunan V01 di Fakulti Kejuruteraan.

Pada peringkat awal penubuhan, SITC tidak mempunyai langsung makmal-makmal penyelidikan kerana ruang yang kecil di stadium. Kerja-kerja aktiviti banyak melibatkan aktiviti luar seperti pengurusan acara sukan dan kem rekreasi sukan.

 

Hari Sukan Negara anjuran SITC IHUMEN UTM.

SITC juga telah menjalankan pelbagai program team building di peringkat sekolah, fakulti, pengurusan tertinggi RETREAT Universiti dan pihak Industri untuk memastikan kelestarian penubuhan SITC.  Kini SITC bukan sahaja menjalankan program penyelidikan dan pendidikan dalam bidang sains, inovasi dan teknologi sukan.

Malah SITC juga meneruskan kesinambungan awal penubuhan menerima pelajar pelbagai bidang untuk menjalani latihan pratikal dan aktiviti penyelidikan teknologi dan inovasi sukan.Pendedahan awal yang betul dari segi product design specification (PDS) dalam rekacipta produk adalah sangat penting.

SITC pada satu ketika dulu,sangat galak menghasilkan produk- produk prototaip teknologi sukan melalui kajian pelajar UTM sendiri, akan tetapi atas faktor keperluan dana yang tinggi untuk menghasilkan produk yang berjaya ke peringkat komersial.

SITC berusaha mencari jalan dan nafas baru seperti memberi fokus kepada penambahbaikan produk teknologi sukan sedia ada dan pembinaan modul baru.

Kesemua pelajar yang menjalani Latihan Pratikal di SITC UTM kini telah berjaya di luar sana dan ramai di kalangan pelajar pascasiswazah tersebut telah menjawat jawatan pensyarah kanan di Universiti Awam di Malaysia.

SITC UTM sentiasa membuka pintu kepada mana-mana individu atau pihak terutama pelajar UTM yang berminat untuk mengasah bakat dan menimba ilmu inovasi dan teknologi sukan di sini.

SITC UTM juga bersyukur kerana salah seorang daripada alumni SITC yang menjalani Latihan Industri di bawah SITC, saudara Syafik Rahmat buat julung kalinya setelah 5 tahun dinobatkan Tokoh Siswa Kebangsaan 2018, satu pengiktirafan kepada Kepimpinan Sukan UTM.

 

Syafik Rahmat bersama Pengarah Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan UTM.

SITC juga sering menerima kunjungan pelawat dari pelbagai universiti dan negara.  SITC UTM terdiri dari 10 orang pensyarah yang mempunyai latar belakang merentas bidang dalam UTM seperti kejuruteraan elektrik, kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan biomedikal dan lain lain.

Justeru itu, SITC sentiasa membuka pintu untuk berkerjasama dengan pelbagai pihak dan sentiasa berjiwa besar dalam menjalankan amanah yang diberikan.

Terima kasih juga kepada kesemua pasukan SITC IHUMEN UTM yang sentiasa berusaha memastikan kecemerlangan Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan UTM yang kini terus bertapak kukuh bersama falsafah yang telah di semai sejak dulu lagi oleh Prof. Dr. Abdul Hafidz Hj Omar iaitu WISDOM heart.

Sementara itu, pengiktirafan PUSAT SUKAN SATELIT NEGARA bahagian kluster inovasi dan teknologi sukan di bawah INSTITUT SUKAN NEGARA pada 22 OGOS 2023 di bawah program ISN INSPIRE menjadikan SITC sebagai salah satu pusat penyelidikan yang di iktiraf oleh BADAN SUKAN NEGARA.

Setelah melalui pelbagai proses saringan seperti pembentangan, audit, permohonan borang pusat satelit akhirnya SITC berjaya mempertahankan status UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA yang unggul dalam bidang teknologi dan kejuruteraan di Malaysia.

Pengiktirafan Pusat Satelit ini perlu mendapat bantuan dan kerjasama pelbagai pihak dalam memastikan status nama negara dalam kejohanan sukan dunia terus mekar seperti apa yang telah dilakukan Dato Lee Chong Wei, Dato Nicol David, Sazali Samad, Allahyarham Mokhtar Dahari dan lain lain.

Terima kasih kepada semua pihak secara langsung dan tidak langsung atas pengorbanan masa, wang dan tenaga yang telah di curahkan demi nama Negara Tercinta.

Pengiktirafan Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan sebagai Pusat Satelit Teknologi Sukan Negara

Oleh: Hadafi Fitri Mohd Latip (Pengarah Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan, Institute Human Centred Engineering UTM)

Explore More