Mei 8, 2024

Search
Close this search box.

Menelurusi sejarah Balai Polis lama berusia 100 tahun dan Kampung Nyior, Pulau Tanjung Surat

 

JOHOR BAHRU, 20 Sept. – Seramai 41 orang pelajar daripada Program Senibina, FABU Tahun 2 sesi 2023/2024 telah mengikuti kerja lapangan di Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi di bawah subjek SBEA 2823 Kajian Warisan dan SBEA 2933 Kajian Lukisan Terukur bermula 6 hingga 19 Ogos 2023 yang lalu.

Pelajar ini terbahagi kepada 5 kumpulan dan 2 daripadanya ditugaskan untuk menjejaki sejarah Kampung Nyior dan Balai Polis Lama, Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor. Seramai 8 orang pelajar yang terdiri daripada Muhammad Aiman bin Ya’akob, Adam Najmuddin Bahri, Ethan Shane Luke Jonioh, Izzati Nadiah Mohamed Azuar, Muntaha Sami Abdal Wahab Idris, Yeow Ya Han, Siti Soraya Maisarah Razali, Syed Idrus Idid merupakan kumpulan pelajar yang telah menjalankan kajian inventori di Kampung Nyior yang merupakan kampung tradisional terletak di Pulau Tanjung Surat.

Seterusnya seramai 7 orang pelajar yang terdiri daripada Muhammad Aiman Shahril Adha, Lim Teng Hong, Tan Wei Yong, Miza Zulaikha Misri, Syaza Shukor, Nurul Atikah Amira Azrul dan Nuryasmin Shahira Mohd Ruzuwan pula telah menjalankan kajian pendokumentasian sejarah Balai Polis Lama yang dipercayai telah berusia 100 tahun.

Kumpulan pelajar bergambar kenangan di Balai Polis lama berusia 100 tahun.

Pulau Tanjung Surat ini tersimpan banyak tinggalan sejarahnya yang tersendiri seperti Balai Polis lama yang telah berusia 100 tahun yang tidak lagi beroperasi dan terbiar dan beberapa bangunan peninggalan warisan lainnya. Berdasarkan kajian yang dijalankan Balai Polis lama ini telah dibina pada tahun 1923 dan menggunakan binaan konkrit dan kayu. Apa yang menariknya adalah seawal tahun 1923 bangunan ini telah menggunapakai kaedah sistem binaan konkrit pasang siap kombinasi daripada bahan binaan konkrit dan kayu. Namun begitu, pada masa kini bangunan ini tidak lagi beroperasi yang menyebabkan kondisi sebahagian daripada bangunan ini semakin reput dan mengalami kerosakan. Sebagai usaha untuk memelihara aset warisan seperti ini maka inisiatif pihak Program Senibina FABU dan kolaborasi bersama Pusat KALAM, yang diselia oleh Dr. Fadhlina binti Ahmad @ Taufik, Ts. Dr. Azari bin Mat Yasir, Dr. Aiman bin Mohd Rashid, Dr. Azalilah Ramdani Musa dan Dr. Shahariah Norain binti Shaharuddin untuk menjalankan kajian mendokumentasikan senibina warisan Balai Polis lama dan kajian inventori Kampung Nyior ini agar ianya tidak hilang di telan zaman.

Sepanjang kajian dijalankan Pelajar menginap di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Tanjung Surat selama 2 minggu untuk menjalankan kajian lapangan dan beramah mesra dengan masyarakat setempat bagi mendapatkan maklumat latar belakang dan sejarah mengenai Kampung Nyior dan Balai Polis lama ini. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh pelajar Kampung Nyior dikategorikan sebagai kampung tradisional yang hanya mempunyai 190 orang penghuni sahaja.

Terapat banyak tarikan yang tidak diketahui umum yang terdapat di kampung ini yang berpotensi untuk dikembangkan seperti permainan Jong, hutan paya bakau, teh jeruju, madu kelulut dan sebagainya. Dalam kajian lapangan ini pelajar telah menjalankan sesi temu bual bersama Ketua kampung, masyarakat di sekitar kampung, Pegawai Polis Daerah Kota Tinggi, Balai Polis Central Johor Bahru dan Balai Polis Bukit Aman Bahagian Permuziuman untuk mendapatkan maklumat. Seterusnya pelajar akan menghasilkan pelan lukisan Balai Polis Lama dan peta inventori Kampung Nyior berserta laporan kajian warisan. Melalui keterlibatan pelajar dengan masyarakat dan agensi-agensi yang terlibat pelajar akan dapat menguasai pelbagai kemahiran insaniah. Ini sememangnya digalakkan oleh UTM akan keterlibatan strategik yang bersifat quadruple helix antara pihak universiti, kerajaan, industri dan komuniti merupakan elemen penting yang berupaya menyumbang kepada kecemerlangan dan keunggulan universiti.

Explore More